Tuesday, June 14, 2011

Treasures Of The Earth

Seperti biasa, aktiviti hujung minggu kami pastinya berkait rapat dengan buku. Awal cuti sekolah yang lepas, aku bawa Hakimi dan Hannani bersiar-siar di Jusco Aeon AU2. Aku melihat-lihat apa yang patut dibeli di kedai buku SKH. Tiba-tiba Hakimi memanggil aku dengan suara yang separuh menjerit sambil menunjuk ke arah sesuatu yang bergantung di atas satu sudut rak buku. Hmmm... nampak macam menarik!

RM5.90 sahaja! Itu harga pengenalan! Harga biasa adalah RM19.90. Selain dari tawaran harga yang sangat menarik, terdapat juga barangan percuma seperti kanta pembesar dan juga sampel batu kristal. Untuk terbitan sulung ini, sampel batu kristal amethyst diberi secara percuma!

Ini pula terbitan kedua majalah ini. Kali ini sampel batu kristal percuma adalah batu rose quartz disamping satu fail jilid dengan kad pembahagiannya (betulkah ini terjemahan untuk binder dan divider card?) sekali! Memang menarik! Setiap helaian majalah ini telah pun ditebuk 2 lubang untuk memudahkan ianya disimpan di dalam fail mengikut topik-topik yang dibincangkan.



Menarik, bukan? Ia merupakan hadiah percuma sekiranya melanggan majalah tersebut di halaman ini. Semestinya aku dengan sifat tamak halobanya ingin memiliki koleksi di atas sebagai salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran anak-anakku di rumah. Hakimi pun sudah berangan menanti koleksi tersebut datang setelah 2 minggu membuat langganan secara online.

Ini merupakan peta dunia di mana sampel batu-batu kristal tersebut diperolehi. 2 sampel batu kristal dah pun dimiliki. Ada lagi 16 sampel batu kristal yang wajib dimiliki selepas ini!

Agaknya ada yang tertanya-tanya kenapa aku berminat benar ingin memiliki koleksi majalah ini
  • kerana aku pencinta seni membuat barangan aksesori dengan menggunakan batu kristal asli dan juga batu kristal buatan
  • aku ingin mengetahui secara terperinci tentang kejadian atau pembentukan batu kristal secara semula jadi dan juga mineral yang lain
  • Hakimi berminat untuk membaca dan mempelajari tentang sampel kristal yang diberi percuma
  • memberi peluang kepada Hakimi untuk mengkaji dan melihat sendiri sampel batu kristal yang diperolehi
  • Hakimi boleh belajar tentang geografi dan juga sains yang terdapat dalam majalah ini
  • memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris
  • memberi peluang kepada Hakimi untuk memilih bahan bacaan yang disukainya agar sikap suka membaca terus subur.
  • memang aku suka beli bahan bacaan! Yang di atas ini cuma alasan sampingan sahaja! Hehehe....

2 comments:

zuwaidah said...

kita tak ada jodoh bertemu, minggu lepas pun ke sana juga.
bestnya dpt buat koleksi mcm tu...dulu2 zaman muda rajin jugak skrg cuma mengumpul novel dan majalah sahaja.

LydiaRosli said...

insyaAllah, kalau ada kesempatan, kita akan "terserempak" juga nanti... hehehehe