Tidak banyak perkara yang dapat dilakukan pada cuti hujung minggu baru ini. Hannani masih kurang sihat. Masih merengek dan suka berkepit sehinggakan aku sendiri pening kepala akibat terlebih tidur! Hahaha... temankan Hannani sambil berbaring membuatkan aku banyak kali terlelap. Kalau diikutkan agenda yang dirancang, memang banyak perkara yang ingin aku lakukan tetapi terbengkalai dek menemankan Hannani berbaring di atas katil.
Setelah beberapa minit termenung di hadapan rak mutiara dan kristal, akhirnya aku beroleh idea untuk melakukan sesuatu.
Tasbih Comel! Seumur hidup aku, aku pernah beli 2 tasbih dan kedua-duanya dibeli di kedai buku yang sama iaitu Sarjana Media yang dulunya bertempat di Jusco Wangsa Maju dan sekarang telah berpindah di Carrefoure Wangsa Maju. Tak pernah terfikir pun hendak buat tasbih sendiri. Jadi, inilah tasbih comel rekaanku yang pertama!
Rantai comel Hannani! Semasa asyik buat tasbih comel, aku teringin pula hendak buatkan rantai comel untuk Hannani. Rantai ini pendek sahaja bersesuaian dengan umur Hannani 6 bulan pada hari ini.
Hannani sedang menggayakan rantai comel rekaan mamanya!
5 comments:
comel laa hannani nih!akak mg pandai menghiaskan ank akak. saye memula tgk org jual yg topi tuh, dlm hati kate...ee, sapelaa nk beli topi2 cani.sekali tgk hannani pakai, "alemak, comel nyer!haruslaa dptkan utk ankku!!":P..
sangat cantik. tangan ni belum kretif lagi. sok2 x tau lah
tq, tmah! hahaha.... nih edisi lepas gian... selama nih tengok jer gegirl orang lain berhias!
qhaifa, belum cuba belum tahu.... nanti dah cuba, memang berhantu! hehehe...
haha comelnyeeeee rantai ni!! spoil laa hannani ada mak boleh buat jewellery! haha
tu ler uswah.... hannani jadi model saya la gamaknye...
Post a Comment