Tuesday, June 21, 2011

Tip Penjagaan Kanta Lekap

Pada hari lahir aku yang lepas, genaplah 12 tahun aku memakai kanta lekap jenis pakai buang. HMmmm... sudah agak lama juga aku berkecimpung dalam arena "contact lense" ini. Sebenarnya aku bukannya merancang untuk memakai kanta lekap ini. Disebabkan cermin mataku patah secara tiba-tiba dan aku tidak memiliki wang yang banyak untuk membeli bingkai cermin mata yang baru, aku memilih untuk mengenakan kanta lekap pakai buang yang berharga RM20 sepasang pada ketika itu! Ya... itu adalah jalan penyelesaian yang termurah jika dibandingkan dengan membeli bingkai cermin mata baru.

Tip penjagaan kanta lekap ini aku perolehi dari majalah Dara.Com terbitan Jun 2011 dan artikel ini telah ditulis oleh pakar mata iaitu Dr. Norazlina Bachik Ng.
  1. Pastikan anda tahu tentang kanta lengkap apabila anda membelinya dan melihat tarikh luputnya. [Jangan memakai kanta lengkap yang telah dibuka lebih dari tarikh sepatutnya!]
  2. Simpan di tempat yang bersih dan jangan sesekali meletakkan kanta lekap di dalam bilik air. [Fuh! Aku simpan di dapur!]
  3. Cuci tangan sebelum memakai kanta lengkap. Dapatkan nasihat daripada pakar mata atau optometri sebelum membeli kanta lengkap. [Jangan main redah saja!]
Aku juga hendak berkongsi cerita tentang kes yang paling teruk pernah dikendalikan oleh Dr. Norazlina Bachik Ng.
  • kes jangkitan kuman pada mata
  • berlaku pada seorang wanita yang memakai kanta lekap untuk satu malam dan tertidur tanpa menanggalkannya
  • keesokan hari, matanya sudah merah dan berair
  • berkunjung ke klinik biasa dahulu sebelum matanya menjadi lebih teruk dan bernanah
  • matanya dijangkiti kulat dan masuk ke dalam bola mata
  • untuk mengelakkan jangkitan merebak ke otak, pakar mata akhirnya memutuskan untuk membuat pembedahan membuang bola matanya
  • sehingga kini, pesakit tersebut telah buta sebelah matanya.
Ngeri, bukan?

1 comment:

Hana said...

lens yang pakai buang tu. skali pakai terus buang ka? harga ikut power mata ka?