Thursday, February 2, 2012

Amalan yang boleh merosakkan otak

• Terlebih makan
• Menutup muka ketika tidur
• Merokok
• Banyak tidur
• Terdedah dengan pencemaran udara
• Kurang berimaginasi
• Tidak bersarapan
• Jarang berfikir

Wednesday, February 1, 2012

Kenapa perlu “to do list”?

• Dengan hanya mengingati di fikiran, ianya hanya memenatkan otak.
~ Kadang-kala kita terlupa

• Dengan menggunakan kaedah mengingat, kadang-kala kita hanya teringat sesuatu yang sangat penting tetapi bukan pada masanya.
~ Seperti baru teringat ada email penting yang perlu dihantar sedangkan jam menunjukkan pukul 3 pagi!

• Boleh memaksimumkan masa dengan bijak.
~ Bila kita rancang, kita tahu apa yang hendak lakukan.

• Dengan menulis, kita akan menjadi lebih beringat.
~ Otak lebih peka mengingat apa yang telah ditulis.

• Membuatkan kita sentiasa beringat jika terlihat senarai.
~ Apabila terlihat senarai, kita tahu apa yang patut dilakukan

• Mendesak anda untuk membuat tindakan.
~ Bila terlihat senarai, terasa ingin melaksanakan tugasan tersebut

• Penilaian kerap menjadi mudah.
~ Boleh melihat senarai tugas dan lihat tugasan tersebut realistik atau tidak untuk dilaksanakan

• Ia menghasilkan momentum.
~ Lebih bersemangat apabila melihat sesuatu tugas itu telah “dipangkah”!

Monday, January 30, 2012

Tiga Kali Seminggu

Koleksi 15 cerpen karya Faisal Tehrani ini dibukukan dengan menggunakan salah satu judul cerpen di dalamnya. Buku ini aku beli ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dan pada kali ini aku tidak berkesempatan untuk bertentang 4 mata dengan penulis "kontroversi" ini. Walaupun dah berbulan-bulan lamanya buku ini menghiasi rak buku, tetapi baru minggu lepas aku berkesempatan untuk berulit dengan buku ini. Sangat mengasyikkan!

Diterbitkan pada tahun 2010 oleh Al-Ameen dan judul cerpen adalah seperti di dalam senarai berikut:
  • Rindu ini luar biasa ~ membuatkan aku bertambah cinta dengan Bahasa Melayu
  • Abuya dongeng tokoh yang memakan babi ~ agak pening pada mulanya
  • Antiplot ~ ringkas tetapi sinis
  • Bulan penuh di Saigon ~ sangat sedih! kasihan saudara kita di selatan Siam
  • Cinta Medeni ~ best! ada teka-teki: apa 5 makhluk di muka bumi, tetapi tidak satu pun lahir dari kandungan ibunya?
  • Dangai, Pau danMaruku ~ semangat cintakan kemerdekaan
  • Hajah Abidah ~ kisah cinta... cinta ke?
  • Latar ~ agak panjang... aku buhsan
  • Manifesto Mergastua ~ warkah dari mergastua
  • Muhamad Ulul Albab ~ kisah seorang mualaf
  • Muthupalaniappan ~ sedih!
  • Perlak emak ~ warisan ibu
  • Tiga kali seminggu ~ sangat lucu!
  • Setelah diciptakan Adam ~ lelaki dan wanita saling memerlukan.
  • Kegawatan ~ panjang... aku ZZzzzzz
Hehehehehe... memang aku tak boleh baca cerpen yang panjang-pangang. Hilang fokus! Sebab tu tak suka baca novel! ;-)

Sunday, January 29, 2012

Predictable Result in Unpredictable Times ~ Sukses Setiap Saat

Buku yang diterjemah ke Bahasa Melayu terbitan PTS ini ditulis oleh Stephen R. Covey, Bob Whitman dan juga Breck England. Buku ini menggunakan pasukan lumba basikal Perkhidmatan Pos U.S sebagai contoh utama dalam kajian kes bagi menerangkan dengan lebih jelas maksud setiap tips yang diberikan. Secara jujurnya aku sangat susah untuk memahami bait terjemahan ini. Mungkin aku perlu dapatkan edisi Bahasa Inggeris supaya dapat mennangkap maksud sebenar penulis. Memang benar. Kadang-kadang dalam sesuatu perkara, kita perlu dapatkan karya yang asal. Mungkin terjemahannya salah atau pun susunan ayatnya seperti "google translate"!

Terdapat beberapa perkara yang ingin aku kongsi bersama.

4 jenis bahaya ketika dalam keadaan yang tidak diduga: (ayat buku: empat bahaya dalam keadaan yang sukar diramal.)

  • gagal melaksanakan tugas
  • krisis kepercayaan
  • hilang fokus
  • rasa kebimbangan yang menular
Kita akan berjaya menghadapi rintangan sekiranya kita:
  • melaksanakan prioriti-prioriti utama dengan cemerlang
  • bergerak dengan kepantasan yang selari dengan kepercayaan
  • mencapai lebih dengan sedikit
  • mengurangkan kebimbangan
Serius! Aku pening dengan penggunaan Bahasa Melayu buku ini!


Saturday, January 28, 2012

Memulakan Perniagaan

Kongsi baca kali ini adalah melalui buku penulisan Irfan Khairi yang bertajuk Nota Jutawan Nota perniagaan. Dalam entry yang sangat terhad ini, kita berkongsi tip yang diberikan dalam bab yang pertama buku tersebut.

Memulakan perniagaan:
  • Warnai perniagaan anda ~ branding
  • Idea perniagaan ada dalam diri anda ~ yakin pada diri sendiri
  • Nama perniagaan anda ~ efektif = fungsi atau industri diketahui
  • Logo perniagaan anda ~ gambaran profesional kerana lebih mmudah mengingati gambar atau imej daripada perkataan
  • Slogan perniagaan anda ~ terbaik = slogan yang unik dan dapat menarik minat
  • Imej yang anda tonjolkan ~ akan menjenamakan perniagaan anda
  • Malu memulakan & menjalankan perniagaan ~ biarlah bertempat
  • "Bootstrap" modal memulakan perniagaan ~ guna modal dari wang simpanan. Bukan pinjam!
  • Perniagaan sebagai penyelesaian ~ sekiranya ada masalah, cari penyelesaian sebagai perniagaan
  • Ingin memulakan perniagaan, teetapi tiada idea ~ cari masalah & idea
  • Fikir di luar kotak ~ cari kelainan
  • Langkah pertama penting dalam perniagaan ~ penyelidikan!
  • Ada idea tetapi tiada modal ~ idea yang hebat akan menarik modal!
  • Personaliti dalam perniagaan ~ agar mudah diingati dan dikenali.
  • Apabila tiba masa untuk mereka cipta ~ jika kreatif, lakukan sendiri!
  • "Timing" dalam perniagaan ~biar tepat pada masanya!
  • Idea hebat ketika bercuti ~ sekali sekala perlu bercuti agar boleh menjana idea yang hebat!
  • Segan letak harga ~ perlu letak harga & jangan sampai rugi
  • Lagi-lagi tentang harga ~ penjual perlu markup harga lebih dari pengilang dan pemborong kerana mereka yang paling hampir dengan pembeli dan memerlukan perkhidmatan yang lebih untuk memenangi hati pembeli!
  • Perniagaan internet vs perniagaan konvensional ~ kedua-duanya ada kelebihan, kekuatan dan kehebatan masing-masing
  • Idea dari negara luar dibawa ke Malaysia ~ kalau di luar negara boleh berjaya, pasti di dalam negara pun boleh berjaya!
  • Perniagaan produk dan perkhidmatan ciptaan baru ~ perlu sabar, modal yg cukup utk jangka masa panjang dan mengambil masa untuk mendapat tempat di hati pelanggan
  • Perkhidmatan perlu diutamakan ~ "perkhidmatan" no 1 & "harga" adalah pilihan terakhir pelanggan
  • The 4-minute mile....benteng di minda ~ tiada apa yang mustahil!

Wednesday, January 25, 2012

Nota Jutawan Nota Perniagaan


Buku yang ditulis oleh jutawan internet ini diterbitkan oleh Telaga Biru pada tahun 2008. Buku yang penuh berwarna-warni ini mampu menarik minat membaca sesiapa sahaja dengan gaya persembahan yang sangat bersahaja dan ringkas sahaja penulisannya. Buku ini aku pinjam dari Perpustakaan Komuniti Jusco AU2 dan hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk menghabiskan pembacaannya sehingga ke kulit muka buku di belakang sekali!

Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu memulakan perniagaan, menambah pendapatan, menjalankan perniagaan dan menambahkan pendapatan. Semuanya amat berguna kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang pernigaan sebagai sumber pendapatan tidak kiralah secara sepenuh masa ataupun secara separuh masa.

Menurut Brian Tracy International, jutawan terdiri daripada 5 kelompok:
  1. 74% ialah pemilik perniagaan
  2. 10% golongan eksekutif senior yang memanjat tangga korporat
  3. 10% golongan professional seperti doktor, peguam dan sebagainya
  4. 5% ialah jurujual berkomisen atau konsultan jualan
  5. 1% pelbagai golongan lain
Nampak tak??? 74% pemilik perniagaan adalah merupakan seorang jutawan! Tunggu apa lagi??? Jom kita berniaga kerana Nabi Muhammad SAW pun pernah bersabda 90% daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan (maksud hadis riwayat Na'im bin Abdul Rahman dan Yahya bin Jabar).

Sila guna PDF


Banyak juga email yang aku terima untuk memohon jawatan kosong di sini. Ada diantaranya warga tempatan dan ada juga warga asing. Apa yang pasti, calon tempatan sangat gemar menghantar resume dalam format word. Ingin aku tegur di sini, sila hantar resume dalam format PDF dalam mana-mana permohonan kerja. Ia sangat penting bagi memastikan tiada sebotaj yang mungkin berlaku pada diri anda. Orang lain mungkin boleh mengedit resume anda dan ini akan merencatkan peluang anda untuk mendapat pekerjaan kelak. Itu sahaja pesanan untuk kali ini.

Tuesday, January 24, 2012

One Minute for Yourself


Buku ini ditulis oleh Spencer Johnson dan terbitan pertamanya diterbitkan pada tahun 1985. Mengisahkan seorang anak muda yang ingin medapatkan tip daripada pakciknya bagaimana untuk mendapatkan hidup yang lebih gembira, positif dan bermakna. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh dikongsi bersama:

  • Taking care of business includes taking care of your "self"
  • I treat Myself the way I would like others to treat me
  • In one minute you can change your attitude and in that minute you can change your entire day.
  • When you take good care of yourself you feel less angry - toward yourself and others. And when you are happier you work better and you treat others better.
  • Thinking only of yourself is like having your favourite meal, meal... after... meal... after... meal... after... meal... after... meal... after...
  • One of the best ways you can help other people is to encourage them to take better care of themselves and to reward them when they do
  • When other people take good care of themselves, they are happier with themselves - and with me!
  • Even more important than my being loved is my being loving
  • We can have a wonderful relationship together. When I have one with me and you have one with you
  • When every person in the world takes better care of themselves, everyone in the world will feel better taken care of and then we may finally begin to care more about each other.
  • It's just good business for you to take that important one minute for your "self" and to encourage others to do the same.

Thursday, January 19, 2012

100 Simple Secrets of Happy People - sambung 3

Ini adalah bahagian terakhir dari entry sebelum ini.

76) Biarkan matlamat memimpin anda
77) Gunakan pekerjaan anda secara positif
78) Jangan lupa untuk bergembira
79) Percaya kepada keadilan
80) Mengenangkan
81) Berhati-hati
82) Jangan kekal berada di konfik yang anda tidak boleh menang
83) Nikmati pada kebiasaan
84) Jangan fokus pada tragedi dunia, tetapi pada harapan dunia
85) Dapatkan hobi
86) Manfaatkan hubungan sesama insan
87) Berikan masa pada diri anda untuk berubah
88) Fokus hanya pada benda yang berkenaan dengan diri kita saja
89) Terima hakikat kepuasan yang sepenuhya tidak pernah wujud
90) Kelilingi diri anda dengan aroma yang nyaman dan sedar
91) Jangan biarkan orang lain yang menentukan matlamat anda
92) Anda adalah orang, bukan strereotype
93) Tahu apa yang membuatkan anda gembira atau sedih
94) Teruskan membaca
95) Mesti rasa diperlukan
96) Katakan "Ada aku kisah?"
97) Ada tujuan
98) Anda belum lagi menghabiskan bahagian yang menggembirakan dalam hidup anda
99) Wang tidak dapat membeli kebahgian
100) Apa yang bermakna? Anda putuskan!

Wednesday, January 18, 2012

100 Simple Secrets of Happy People - sambung 2

Lagi sambungan dari entry sebelum ini.

51) Jadikan kerja 1 seruan
52) Jangan gadaikan moral untuk matlamat anda
53) Jangan biarkan orang tersayang melakukan sesuatu yang melukai anda
54) Dapatkan tidur yang cukup
55) Beli apa yang disukai
56) Capai sesuatu setiap hari
57) Jadi fleksibel
58) Peristiwa adalah sementara
59) Jadi peminat pada diri sendiri
60) Sertai kumpulan
61) Jadi positif
62) Akan ada pengakhiran, tetapi kamu hendaklah bersedia
63) Bagaimana kita melihat dunia adalah lebih penting daripada bagaimana dunia itu sendiri
64) Sentiasa pastikan bersama pen dan kertas
65) Bantu orang yang terdekat dengan kita
66) Jangan kasar mengkritik ahli keluarga dan rakan
67) Sesetengah orang suka gambar yang besar, sesetengah lagi suka perinciannya
68) Buat sesuatu yang kita boleh buat dengan bagus
69) Ziarah jiran
70) Senyum
71) Jangan terima pandangan TV tentang dunia
72) Anda sentiasa memiliki pilihan
73) Muda untuk berunding
74) Jangan sia-siakan orang di sekitar anda
75) Dengar muzik

Tuesday, January 17, 2012

100 Simple Secrets of Happy People - sambung 1

Entry ini merupakan sambungan daripada entry semalam. Harap dapat memberi manfaat.

26) Menyokong pasukan tuan rumah
27) Jangan campur adukkan kebendaan dengan kejayaan
28) Setiap perhubungan adalah berlainan
29) Jangan fikir "kalaulah..."
30) Sukarela
31) Jika anda tidak dapat capai matlamat anda, matlamat anda akan menyakitkan anda
32) Bersenam
33) Benda kecil tetapi besar maknanya
34) Ia bukan apa yang telah berlaku. Ia adalah bagaimana anda fikir apa yang telah berlaku
35) Tanamkan beberapa minat dengan orang yang tersayang
36) Ketawa
37) Jangan biarkan seluruh hidup musnah hanya kerana 1 perkara
38) Kongsikan diri anda
39) Sibuk lebih bagus dari bosan
40) Kepuasan adalah berkaitan
41) Belajar menggunakan komputer
42) Cuba kurangkan berfikir mengenai orang atau sesuatu yang menggangu kamu
43) Pastikan keluarga anda rapat
44) Makan buah setiap hari
45) Nikmati apa yang kita ada
46) Fikir secara konkrit
47) Sokonglah orang lain
48) Jangan salahkan orang lain
49) Jadilah pendamai
50) Gembirakan haiwan