Wednesday, June 29, 2011

Beruk

Hasil karya Azizi Abdullah ini pernah tersiar dalam majalah Dewan Bahasa pada tahun 1970-an dan pernah menjadi bahan teks sastera untuk SPM dan kali ini ianya diterbitkan oleh Ameen Books pada tahun 2010. Buku berharga RM21.00 ini mempunyai 208 muka surat serta dilengkapi dengan glosari bagi meningkatkan pemahaman kosa kata yang terdapat di dalamnya.

Mengisahkan Alias yang mempunyai seekor beruk peliharaan yang menjadi peneman dan sumber kewangan keluarganya yang bergelar Pon. Alias seorang anak yatim yang miskin sering diejek di sekolah kerana hubungan istimewanya dengan Pon. Tambahan pula sikap garang Cikgu Sunan yang sering memarahinya sehingga tergamak menamparnya! Mujurlah ada Som yang banyak menolong Alias terutama dalam hal pelajaran.

Cerita ini sangat sedih sekali. Betapa kejamnya Cikgu Sunan yang tidak berhati perut ketika menampar Alias sehingga telinganya bernanah! Betapa luhurnya kasih sayang Alias terhadap Pon. Demi menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias terpaksa mengorbankan Pon! Huhuhu.... sedih, tau!
"Demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya, seseorang itu tidak beriman hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" ~ Rasulullah SAW
Pst! Tatkala aku menulis entri ini, hatiku memberontak minta agar dibacakan buku ini sekali lagi....

No comments: