Muka hadapan buku ini sangat comel! Semasa pesta buku yang lepas, aku memang berhajat nak beli buku ni. Mengenangkan bahu dah berat dek memikul buku-buku dalam beg galas dan juga tangan dah lenguh menjinjit beg plastik berisi buku, aku terpaksa membatalkan niat untuk membeli buku tulisan bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan juga Noor Aishah Husain terbitan Telaga biru ini.
Disebabkan aku tidak mampu untuk mengawal diri dari membeli buku baru, akhirnya aku "terbeli" juga beberapa buah buku baru secara online dari web Stormreaders. Buku ini baru sahaja diterbitkan pada April 2011 dan mempunyai 102 helaian muka surat. Harganya sangat berpatutan iaitu RM16 sahaja bersesuaian dengan kualiti kertas dan berwarna sepenuhnya. Mari lihat macam mana pula rupa di dalam buku ini, adakah secomel muka hadapannya?
Terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu punca anak menjadi biadab dan cara menangani anak biadab. Penyampaian yang bersahaja disamping kartun yang berdialog sinis juga potongan ayat suci Al-Quran dan hadis untuk menguatkan hujah yang diberi. Sangat sesuai menjadi rujukan kepada para ibu bapa, penjaga dan juga remaja.
No comments:
Post a Comment