Saturday, June 11, 2011

300 Hadis Bimbingan

Kepada sesiapa yang mahu menambah koleksi rujukan keluarga, sila dapatkan buku karangan Dr. Zahazan Mohamed dan juga Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam terbitan Telaga Biru pada tahun 2007. Buku ini berharga RM25.90, berkulit keras dan mempunyai 201 helaian muka surat. Aku suka sangat baca dan belek buku ni sebab ia banyak memberi panduan dalam menjalani hidup seharian.

Ia mengandungi 300 hadis sahih dan terbahagi kepada 21 bab iaitu
  1. Ilmu dan ulama
  2. Beramal dan berjemaah
  3. Keistimewaan Nabi S.A.W
  4. Kelebihan para sahabat
  5. Kelebihan umat Nabi Muhammad S.A.W
  6. Rukun Islam, Cabang Iman dan Janji Allah
  7. Perkara yang berkaitan dengan solat
  8. Beberapa solat sunat dan doa yang ma'thur
  9. Kelebihan Al-Quran dan ahlinya
  10. Pesakit dan penyakit
  11. Puasa
  12. Zakat
  13. Haji
  14. Jihad & syuhada
  15. Kepentingan doa & zikir
  16. Hak-hak persaudaraan
  17. Kemurnian akhlak
  18. Sedekah dan ihsan
  19. Kalimah yang baik
  20. Akhlak yang buruk
  21. Pesanan Nabi S.A.W
Dengan berlatar belakangkan kertas bewarna ungu, buku ini mampu menarik minat pembaca untuk terus menyelak muka surat seterusnya melalui teks yang ringkas serta mudah dibaca beserta dengan terjemahan hadis yang jelas. Terdapat keterangan ringkas bagi meningkatkan pemahaman pembaca tentang maksud hadis. Tidak lupa juga terdapat biodata ringkas perawi hadis yang terkenal. Buku ini boleh dibeli secara online di sini!

2 comments:

Mutiara Bernilai said...

ini ada|ah buku agama pertama yang saya be|i di UTM du|u,,masa saya tahun satu ka|au tak si|ap,,

buku ini menarik sebab agak ringkas dan pendek,,

LydiaRosli said...

wah... bagusnya awak!
saya time tuh berkira nak beli buku!