
Buku ni aku beli kat MPH Taman Universiti, JB selepas hantar thesis buat kali ke-2 pada bulan Ramadhan tahun lepas. Kononnya aku nak baca selepas sampai KL nanti. Tapi bila dah sampai KL, berbulan-bulan aku tak sentuh pun buku ni lagi... Bulan Oktober tahun lepas aku pergi JB sekali lagi dengan berbekalkan buku ni. Masa tu Cairo join Inatex 2009. Aku sempat baca 2 bab saja. Si Awa dah promote giler buku nih kat aku. Tapi aku masih belum berjaya nak habiskan jugak. Bulan Disember tahun lepas, aku bawa lagi buku nih ke Seoul, Korea. Aku sempat baca 5 bab dalam flight. Syiok jugak... aku mesti habiskan buku ni kat Seoul nanti. Sampai jer kat Seoul, aku dah lupa tentang excited aku tadi. Sekali lagi aku gagal nak habiskan buku ni... Bila Awa bawa balik DVD Laskar Pelangi dari Jakarta, aku semakin berkobar-kobar semula untuk menghabiskan buku berhantu nih. Tapi banyak plot cerita yang aku lupa. Nak tak nak aku kena baca semula buku ni dari awal. Alhamdulillah... setelah marathon selama 4 malam... akhirnya aku berjaya juga khatam buku nih. Memang banyak bab yang menyentuh hati tapi aku tak menangis pun bila baca buku ni. Tapi bila aku cerita balik kat abah... air mata turun laju jer... teresak-esak pulak tuh! Huhuhuhu... cedih, tau! Membangkitkan semangat cintakan ilmu dan rasa bersyukur sangat sebab dapat belajar sampat ke tahap ini. Tak semua orang berpeluang dan dipermudahkan dalam menuntut ilmu. Aku diantara mereka yang terpilih!
Mengisahkan 10 orang anak-anak miskin yang bersekolah di sekolah yang sangat daif dan terpinggir. Semangat Bu Mus yang sangat ikhlas dan berkobar-kobar dalam mendidik anak-anak miskin ini sangat menyentuh hati. Kisah cinta pertama Ikal yang sangat sweet dan comel serta puisi-puisi yang puitis sangat menarik perhatian aku. Kisah Lintang yang sangat genius dan berjiwa besar tetapi berakhir dengan kisah yang paling sedih dalam buku ini. Mahar dengan kisah paranormalnya. Juga kisah Flo seorang anak berada tetapi bersekolah di sekolah daif ini menjadikan 11 orang ahli lasykar pelangi kesemuanya. Di akhir buku ini, diceritakan serba sedikit apa yang berlaku pada lasykar pelangi ini setelah dewasa. Buku ni jugak buat aku gelak sorang-sorang. Terutama part laskar pelangi berkanival dengan tarian ala afrikanya! Hohoho.... nak tahu, kenalah baca buku ni! Memang Tak rugi! Sebuah novel motivasi karya Andrea Hirata yang menceritakan kisah benar yang berlaku didalam hidupnya! Terbitan PTS berharga RM28 dan setebal 430. Disertakan juga glosari untuk memantapkan pemahaman dalam novel ini.
1 comment:
diaorg tak terjemah sangat lah.. kopra masih disebut kopra. katalah kelapa kering
Post a Comment