Tuesday, February 2, 2010

Menimba yang Jernih



Apa yang membuatkan aku tertarik nak beli buku ni? Aku bukannya seorang yang suka baca novel. Apatah lagi novel sastera. Dulu aku pernah baca novel sastera bila serumah dengan Awa. Hohohoho... hazab rasanya! Sejak tu aku pencen dari baca novel-novel nih. Tapi Ayat-Ayat Cinta telah memulakan segalanya. Diikuti dengan Manikam Kalbu dan Lasykar Pelangi. Kali ini, baru aku dapat kemanisan dari novel-novel sastera ini. Mungkin dulu otak terlalu tertumpu pada buku-buku akademik. Sampaikan nak baca novel pun rasa buang masa. Sekarang otak aku dah bersedia untuk menerima apa saja bahan bacaan untuk dibaca!

Berbalik pada soalan tadi. Kenapa aku beli buku ni? Sebab buku ni dijual berlonggok-lonngok masa Pesta Buku 2009 dengan harga RM2! Murah tuh! Ruginya kalau tak beli! Inilah masanya aku nak baca karya sasterawan negara! Aku pun bagitahu Awa yang aku beli buku nih. Awa kata, "orang tua tuh dah meninggal, baru kau nak baca buku dia...." Aduh! Aku terkena!

Buku novel klasik ini berlatar belakang tahun 1963 di mana kesemua watak utama dalam cerita ini adalah dari golongan wartawan penulis dan penerbit akhbar. Ketika itu isu yang paling hangat ialah Bahasa Melayu yang bakal dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan pada tahun 1967. Pelbagai riaksi, cadangan dan perbincangan ditulis dalam buku ini dan aku pasti ini memang luahan dari penulis buku ini sendiri. Kisah kekurangan penulis yang berpendidikan dan juga kisah buku kormersil juga disentuh dan diolah dengan gaya penulisan yang mudah difahami oleh golongan amatur seperti aku. Hehehehe. Buku ini ditulis oleh A. Samad Ismail dan diterbitkan oleh Creative Enterprise pada tahun 1995.

2 comments:

sitinurulhawa said...

neng, pembetulan yg sasterawan negara tu A Samad Said. A Samad Ismail tokoh wartawan. Ada gak org panggil bapa kewartawanan. tp dulu2 org anggap dia berhaluan kiri. Pernah kena ISA masa kat spore. Aku percaya apa yg dia tulis dalam novel tu bukan karangan semata2. tp sebahagian sejarah negara dari kaca mata dia. sekian :)

LydiaRosli said...

Hohoho... padanlah asyik cerita pasal kerja wartawan...