Tuesday, February 2, 2010

Gerakan Freemason Sedunia



Buku karya Harun Yahya nih aku dah pernah bawa sampai ke Seoul, Korea. Tapi aku tak berkesempatan pun nak baca buku ni! Kandungannya sangat sarat dan serius. Berkerut-kerut dahi aku dibuatnya! Ada beberapa bahagian yang perlu aku baca berulang kali. Pun masih samar-samar lagi. Pertama kali aku dengar perkataan Freemason bila baca majalah Mastika. Sebenarya aku masih belum faham lagi. Mungkin Mastika terlalu berkias. Ntahlah... mungkin juga aku yang lembap!

Saba Islamic Media memang menjaga kualiti setiap buku terbitannya. Kertas yang berkilat dan bewarna memang menarik perhatian aku untuk terus membaca. Salah satu sebab aku sayang buku nih, sebab buku nih sangat cantik dan penuh warna-warni! Buku ni memang benar-benar mengupas asal usul Freemason dari akar umbi sehinggalah beranak pinak dan khabarnya sedang menular ideologinya di Malaysia! Salah satu contohnya ialah Malam Anugerah Juara Lagu 2009 baru-baru ini! Sekali lagi... aku tak tengok pun tv pada malam tuh kecuali persembahan dari Yuna saja! Opss... sudah lari topik! Ampun!!!

Mungkin tidak ramai yang tahu tengang Freemason ini. Kenapa Yahudi aka Israel aka Zionis dituduh ada kaitan dengan Freemason? Adakah Freemason ini satu pertubuhan sosial biasa ataupun satu ideologi atau falsafah ataupun satu agama? Jawapannya ada dibuku ini. Bacalah! Memang tak rugi! Ilmu pun bertambah! Jangan jadi bodoh dan sombong! Sudah la tak tahu... tak mahu nak ambil tahu pulak! Sedarlah yang kita sedang dan semakin diracuni oleh fahaman Freemason nih! Satu fahaman yang lebih tua dari Islam, arab jahiliyah, Nasrani mahupun Yahudi! Aku lebih suka gelarkan fahaman Freemason ini sebagai golongan Yahudi Jahiliyah! Menolak adanya tuhan dan lebih percayakan kuasa-kuasa magis dan sebab itulah kebanyakan simbol Freemason lebih kepada simbol zaman Firaun (berasal dari zaman Firaun yang memang banyak mengamalkan ilmu sihir)! Percaya kewujudan Kuil Haikal Sulaiman dan inilah yang mendorong zionis untuk merampas Baitul Maqdis dan mengorek bawah masjid Al-Aqsa untuk membuktikan kewujudan kuil tersebut lebih awal dari masjid Al-Aqsa yang menjadi batu tanda bumi Baitul-Maqdis adalah kepunyaan datok nenek moyang mereka!


Lagi??? Apa yang menarik tentang fakta dalam buku ini? Rupanya si celaka Darwin adalah salah seorang dari ahli Freemason! Padanlah beriya-riya mengaku keturunan beruk! Siapa lagi ahli fahaman Freemason yang layak masuk ke carta bintang Freemason popular ini? Tak lain tak bukan Hitler yang kononnya telah menjalankan upacara bunuh kaum yahudi secara beramai-ramai dan menghapuskan golongan alim ulama Kristian dan Islam di Jerman! Huh! Lagi??? Oppps.... ada nama yang tertinggal! Salah seorang ahli Freemason yang memang popular kerana dirinya memang seorang selebriti berkurun-kurun lamanya iaitu bekas penyanyi utama kumpulan The Beatle, John Lennon dan salah satu lagunya telah diiktiraf sebagai Lagu Popular Abad Ke-20 oleh golongan Freemason iaitu lagu "imagine"! Ingat! Akidah bukan sesuatu perkara yang remeh!

Imagine there's no Heaven
It's easy if you try
No hell below us
Above us only sky
Imagine all the people
Living for today

Imagine there's no countries
It isn't hard to do
Nothing to kill or die for
And no religion too
Imagine all the people
Living life in peace

You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will be as one

Imagine no possessions
I wonder if you can
No need for greed or hunger
A brotherhood of man
Imagine all the people
Sharing all the world

You may say that I'm a dreamer
But I'm not the only one
I hope someday you'll join us
And the world will live as one

No comments: