
Aku join Kelab Tidur Dengan Buku di facebook. Ada aktiviti baca sebuah buku setiap minggu. Aku pun apa lagi... inilah masanya aku nak perabis baca stok buku-buku yang ada. Kalau baca lebih buku pun tak apa. Janji ada ulasan untuk setiap buku kat blog atau note kat facebook. Elok benarlah tuh.... memang itu yang aku praktis sejak akhir-akhir ni. Baca dan ulas. Sebab aku mudah lupa tentang buku yang aku baca. Aku juga lupa aku dah baca ke belum buku-buku yang berlambak kat rumah ni... hahahaha! Ada juga kes terbeli buku dua kali... huhuhuhu
Buku pertama aku baca minggu lepas ialah buku pada gambar kat atas nun. Aku beli dah lama dah. Hampir setahun lepas kat dalam UTM ni jugak. Di saat aku tengah berkira-kira kumpul duit untuk Pesta Buku 2009, aku telah tewas dengan bershopping di dalam kampus! Buku ini dikarang oleh Haji Mohd. Hanif Bin Hj. Ismail dan diterbitkan oleh Must Read pada tahun 2008. Terdapat banyak gambar-gambar Baitul Maqdis dan aku rasa kebanyakannya memang biasa dilihat di internet. Ada 12 bab kesemuanya dan ditulis dalam bahasa yang mudah difahami. Bermula dengan bercerita tentang keistimewaan daerah ini, nama-nama lain serta sejarah pembukaannya sebelum kedatangan Islam. Kisah Baitul Maqdis yang jatuh dari tangan orang Islam ke tangan orang Kristian sehinggalah jatuh ke tangan orang Yahudi selepas kejatuhan Usmaniah. Diceritakan juga kisah Baitul Maqdis disisi tiga agama yang berbeza. Membaca buku ini membuatkan aku bertambah cintakan bumi Baitul Maqdis tempat terletaknya kiblat pertama umat Islam.
No comments:
Post a Comment