
Ini buku yang ketiga aku baca minggu lepas. Macam serius jer bunyinya, kan? Ditulis oleh Prof. Dr. Sidek Baba dan diterbitkan oleh Alaf 21. Sebenarnya ada beberapa buah lagi buku Dr. Sidek dalam koleksi aku. Aku mulakan dengan yang ini sebab tajuknya agak santai berbanding dengan buku-buku yang lain (walaupun agak berat jugak otak aku nak digest).
Buku ni banyak mengupas tentang sistem pendidikan di negara kita yang masih lagi dijajah walaupun setelah lebih 50 tahun merdeka. Soal bahasa juga banyak disentuh.
Sepatutnya sistem pendidikan di negara kita mengikut acuan kita sendiri sebab anak bangsa kita yang bakal memerintah negara ini dan akan terus mempertahankannya sampai bila-bila. Nampaknya dah banyak kesedaran dan perubahan yang berlaku pada hari ini. Dah ramai yang sedar tentang kepentingan bahasa Melayu dalam peradaban pendidikan acuan kita. Hanya dengan pendidikan yang boleh mengubah nasib seseorang anak bangsa. Aku pun percaya yang itu!
No comments:
Post a Comment