Tuesday, February 2, 2010

Karnival Buku MPH 2010



Ahad lepas aku berkanival buku dengan Yanti di Stadium Malawati Shah Alam. Sasaran utama ialah booth PTS, selepas tu booth Al-Hidayah. Tak banyak buku yang menarik kat dalam MPH tuh sendiri. Kebanyakannya buku-buku lama yang nak perabih stok. Buku bahasa Melayu tak banyak. Kalau ada pun diskaun 10% saja. Baik aku beli kat Pesta Buku 2010 nanti. Booth penerbit buku pun tak banyak. Memang frust. Tapi dalam frust tuh, banyak jugak buku yang aku borong. Tengoklah kat atas tuh! Stok baru yang aku tak tahu nak letak kat mana lagi... atas lantai jer.... hehehehe... Puas hati aku!

No comments: