Nasib aku sangat baik sebab dapat parking disebelah tangga di basement PWTC. Senanglah aku nak berulang angkut buku nanti. Aku bawa beg beroda bagi memastikan aktiviti mengangkut buku berjalan dengan lancar! Destinasi pertama ialah gerai Sayang Muslim. Aku nak memperbaharui langganan si Kimi. Dapat satu baju percuma untuk Kimi. Selepas tu aku terus cari booth Karangkraf. Aku nak memperbaharui langganan majalah Nur. Dapat hadiah 6 helai tudung dan selendang. Murah rezeki aku. Bila dah selesai urusan langganan majalah, aku teruskan dengan misi memborong buku-buku terbitan Alaf 21 dan Buku Prima. Penuh 1 bakul dengan buku! Tengah syiok beratur nak bayar, Yanti pun muncul dengan muka puasnya! Bagus! Dapat jugak aku berkongsi rasa teruja nih! Selepas membayar harga untuk 25 buah buku, aku ke kaunter hadiah. Dapat lagi 2 buah buku percuma! Hehehe...
Alamak! Beg beroda dah penuhlah! Kena simpan dalam kereta ni... Baru singgah 2 gerai! Aktiviti memunggah barang ke dalam kereta pun bermula. Ok. Dah siap 1 trip. Trip kedua pun bermula. Kali ini aku pergi ke bangunan seberang sungai pulak. Ini kali pertama aku sampai ke bangunan seberang sungai tu. Gerai yang menarik perhatian aku ialah Must Read. Sempat rembat 5 buah buku. Perjalanan diteruskan lagi.... Wah! Memang rambang mata! Beg beroda dah semakin membuncit! Tangan aku pun dah semakin lenguh nak tarik isi perut beg nih. Bila dah habis satu dewan aku tawaf, aku nak kembali ke bangunan utama PWTC. Kat situ ada beberapa target lain. Dan seperti yang telah diramal, beg beroda dah tak mampu nak menampung isi perut yang baru. Nak tak nak, aku kena punggah isi-isi perut beg beroda aku ke dalam kereta. Selesai trip kedua.
Trip ketiga aku dah mula letih. Nafsu pun dah kurang. Tapi ada saja beg plastik baru masuk dalam beg beroda. Sekali lagi beg beroda aku membuncit. Aku tengok jam dah pukul 6.30 petang. Masa untuk balik. Kaki dah lenguh benar ni. Agaknya isi dompet dah mula mengempis, lenguh kaki dan tangan pun mula terasa walaupun tadi dah berhenti rehat untuk solat dan makan tengahari.
Ok. Tak sabar nak tunjuk apa yang aku borong petang semalam. Tada...




4 comments:
untuk zaimi tak de ke?
hehehe... dia tumpang belek jer...
tahniah,kite berkongsi minat yg same...ni tgh berkire2 nk sumbat buku dkt mane slepas m`borong.hehe! kak,nk tnye nmpak x booth Norhayati Berahim?
farra... mmg betol tuh...
buku duduk atas lantai je... dah tak ada tempat.
Saya tak perasan booth norhayati berahim... kalau tahu publisher lagi senang!
Post a Comment