Mulanya plan nak pergi hari Jumaat. Tapi demi untuk mengelakkan kesesakan, plan dah diawalkan ke hari Selasa. Kali nih aku bawak rombongan kaum ibu dari CAIRO. Hahaha... Kak Ani ngan Kak Yati pun join sekali! Wah... Memang kami berpesta sakan!
Perjalanan dari office ke PWTC hanya mengambil masa 10 minit. Kali nih aku tak dapat parking di basement, tapi dapat di tepi bangunan PWTC. Oklah tu... tak lah jauh sangat aku nak punggah buku-buku nanti!
Sasaran pertama ialah booth PTS. Kali nih bukan setakat bawa kupon diskaun 25%, aku dah ingatkan Yanti bawa kad matrik sekali. Kalau boleh nak pulun sampai 30%. Hahahaha... (Gelak macam jin buncit.... ala...ala... cerita Ahmad Albab). Sebelum tu, Hanee sempat masukkan duit ke dalam akaun aku... dia dah pesan buku-buku tetralogi laskar pelangi dan buku-buku lain. Aku pun dengan langkah yang amat confident bersama dengan rombongan Cik Kiah CAIRO menuju ke bangunan seberang sungai. Seperti biasa, aku berbekalkan duit yang sengaja dilebihkan jumlahnya serta beg beroda yang bakal membuncit.
Hhmm... aku macam orang hilang punca bila sampai di booth PTS.... Aku nak beli apa, ya? Blurrrr.... Tiba-tiba aku teringat koleksi tetralogi Laskar Pelangi yang belum lengkap. Maryamah Karpov! Dalam masa yang sama aku pun ambil bakul (mulanya nak share bakul ngan Yanti... macam tak cukup jer satu bakul???) dan masukkan buku-buku tetralogi Laskar Pelangi yang Hanee pesan. "Eh...??? Mana Maryamah Karpov?", aku tanya pada petugas PTS. Tak lama kemudian, aku dikhabarkan dengan berita yang tidak enak untuk didengar. "Maryamah Karpov dah habis!" Huh???? Aku rasa macam nak gi check sendiri jer kat dalam simpanan dia orang tuh!
Hhmm... Aku pun penuhkan bakul dengan buku-buku pilihan aku dan buku-buku pesanan Hanee. Tibalah masa untuk buat bayaran. Aku dengan Yanti nak bayar dalam 1 bil, nak jimat masa kononnye! Jumlah RM339! "Kalau lebih RM500 dapat hamper", kata gadis cashier. "Nak! Nak! Nak! Sekejap yer.... saya nak tambah buku..." hehehehe... Aku dengan rakusnya mencapai apa jer buku yang ada kat atas meja pameran. Ahh... Bolehlah ni... "Tak cukup RM5, kak...."
Tada!!!! Aku ambil gambar nih dari FB PTS..... HeheheheDipendekkan cerita, aku pun cari booth Ameen. Kali nih aku nak beli novel-novel Faisal Tehrani. Masa kunjungan pertama yang lalu, aku dah beli dua buah buku Faisal Tehrani ni... Tapi macam tak puas pulak... "Aku mesti beli banyak lagi!", bisik hati tamakku.... Aku main ambik jer buku-buku FT tuh... belek-belek...tengok harga.... Kakak promoter pun best jugak layan aku... Nih best... itu best.... yang nih baru... yang itu baru.... Aku mana tahan, beb! Masa nak bayar tuh, kakak promoter tanya...." Nak signature Faisal Tehrani tak?" "Huh???? Dia ada ker???" "Ada..." "Mana?" "Tu....." Ler.... depan tempat aku pilih buku tadi!!! Kenapalah aku tak perasan????" (Aku tak kenal sebenarnya..... hehehehe) "Nak!" Hatiku mula berbunga-bunga....
"Siapa nama?" "Nenny" "Neni?" "Ha..ah.. N... E... Double N... Y..." "Owh... macam ni?"Sambil mula menulis atas buku yang aku beli.... "Ha..ah... betul" Ada la borak sikit-sikit.. Yer la... 6 buah buku dia sign... lama jugaklah sembang... "Er... boleh saya ambil gambar?" "Boleh..." KLIK!!!!

"Eh... Saya tak senyum lagi, nih....." "Er... tak apa... saya nak ambil gambar in action!" Hehehehe... "Hmmm... boleh saya ambil gambar senyum?" "Boleh......"
Ini buku-buku aku






7 comments:
jugakla jugakkk.. tapi tgk senyuman bang faisal terubattt sikit huhu. last year aku sorang je yg duduk borak. orang lain mintak autograf berdiri je.. aku dah kelepakan sangat masa tu mcm nak pitam! (tak tau la nak pitam sebab penat memborong ke atau sebab jumpa bang faisal ahaha)
alamak........ aku tak dapat buat entry serangan balas la tahun ni
hehehe... tak apa la... entry ngko kat jakarta tuh pun dah cukup aku jeles, tau!
arenie...
bole aje share cerita...
lagi2 tentang novel dia!
waaa...kak nenny biar betul banyak tu yg kak nenny beli...tak terjangkau akal gue .. banyak giler!!!!!
fizi...
begitulah setiap kali pesta buku sejak 2004!
Post a Comment