Friday, October 15, 2010

Buku baru lagi...

Assalamualaikum, semua...

Termasuk hari ni, hampir 7 bulan aku tak update blog. Maaf. Aku sangat sibuk dengan kerja-kerja office dan sebelah malamnya aku nak rehat sepuas-puasnya! Bila dah berehat tu, dah tentu aku habiskan masa dengan membaca buku.... Syiok giler!!! Aku tak bole nak berhenti membaca pun! Lebih-lebih lagi bila tengok stok buku yang berlambak-lambak kat rumah! Kalau tak baca, belek pun jadilah!

Walaupun stok buku belum habis baca masih banyak lagi, aku tetap dengan aktiviti membeli buku baru. Minggu lepas aku dah beli 2 buku dan 1 majalah. Minggu ni aku beli lagi 7 buah buku baru! Seronoknya tak terkata bila buku yang aku order dah sampai kat office.

OPpss... sebelum terlupa, pada 7hb Oktober lepas... dengan rasminya aku telah menjadi peniaga buku di Stormreaders. Dan seperti yang telah dijangka, aku jugalah menjadi pelanggan pertama di kedai buku aku sendiri! Memang asyik banget tatkala mem"browse" stok buku yang ada di Stormreaders.

Ok... aku dah tak sabar-sabar lagi nak letak gambar buku-buku baru yang ada kat meja kerja aku nih. Yang kat rumah pun ada banyak lagi buku baru yang aku tak publish. Tunggu!!!


Ni buku-buku yang baru sampai pagi tadi! Masih panas dan harum baunya!

Ini koleksi buku-buku yang aku beli sebelum Ramadhan dan minggu lepas. Buku-buku ni belum dibaca lagi! Hujung minggu nih nak bawak balik rumah!

Ok... aku stop setakat ini dulu. InsyaAllah akan menyusul entry-entry yang lain selepas ini. Memang tengah gian nak menulis jugak nih!

No comments: