Tuesday, October 26, 2010

Big Book Shop Sale!

Masa jalan-jalan cari pasal tadi, aku memang terdetik nak singgah di kedai Big Book Shop kat Ampang Park. Suka singgah situ. Kalau tak beli, belek-belek pun jadilah... Tapi ntah macam mana, baru teringat yang aku belum cucuk duit lagi. Dalam perjalanan nak ke mesin ATM tuh, tiba-tiba mata aku terbuntang luas! Wah...! Big Book Shop ada buat Clearance Sale kat ruang legar Ampang Park! Ini sudah bagus! So... Lihatlah hasil tangkapan aku hari ini!
Setiap buku ini berharga hanya RM3 sahaja! Diterbitkan sekitar tahun 2002 hingga 2005 oleh Marshall Cavendish dan juga Times Books International.

Yang ini pula berharga RM29.90 sahaja! Diterbitkan pada tahun 2007 oleh UBD.

p/s: sale hingga sabtu ini saja! ;-)

No comments: