
Sebenarnya buku ini adalah sebuah BLOOK yang ditulis oleh seorang bloger yang menggelarkan dirinya sebagai sinaganaga. Apakah blook???? Kenapa pelik benar bunyinya? Blook adalah sebuah buku yang menghimpunkan entri-entri yang pernah disiarkan di dalam sesebuah blog. Jadi, gaya bahasa yang digunakan adalah bahasa pasar dan bukannya gaya Bahasa Melayu Tinggi. Buku ini diterbitkan oleh PTS pada tahun 2009, setebal 152 mukasurat dan berharga RM13.90.
Buku ini berlatar belakang tahun 1970-an hingga ke tahun 1980-an dan banyak menggamit kenangan zaman kanak-kanak aku sendiri! Entrinya pendek-pendek tapi berjaya menggeletek pinggang hingga menyebabkan aku ketawa terkekek-kekek. Memang sesuai dijadikan bahan bacan santai yang merehatkan minda. Tetapi terdapat juga beberapa bahagian tertentu yang mempunyai sindiran sinis terhadap keadaan politik semasa.
No comments:
Post a Comment