Untuk entry kali nih, aku letak gambar koleksi buku yang dibeli (tapi belum upload), buku yang sedang dibaca dan juga buku yang dibaca sepanjang blog aku sunyi dan suram sepanjang 7 bulan ni. Kasihan blog aku ni... memang bersawang-sawang ditinggalkan. Bukannya tak ada bahan untuk dicerita, tapi aku betul-betul tak ada mood untuk menulis. Aku banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku yang diborong sepanjang tahun ni (dan juga tahun-tahun lepas... hehehehe).

Ini 4 buku yang dibeli bulan Ramadhan yang lepas. Masih suci dan murni lagi. Hatta aku belum lagi menulis nama aku dan tarikh beli buku pada mukasurat pertama setiap buku.

Yang ini pula, buku-buku yang sedang dibaca. Aku memang membaca banyak buku serentak untuk mengelakkan rasa cepat bosan. Kadang-kadang buku yang dipegang belum habis dibaca, aku dah mula belek buku lain....

Ha....! Yang ini pulak buku-buku yang aku dah habis baca sepanjang Feb 2010 sehingga malam tadi. Ada 85 buah buku kesemuanya! Ini belum lagi termasuk majalah Nur, Solusi, Mastika dan juga Reader Digest yang aku langgan setiap bulan (kecuali Reader Digest). Inilah punca kenapa aku tak update blog aku selama 7 bulan ini!
2 comments:
salam...
bolehlah cik puan menyertai kami di Goodreads Malaysia dengan banyaknya buku2 yang dibaca ini. salam kenal
salam kenal....
insyaAllah sekiranya mempunyai kelapangan, saya pasti akan menyertai Goodreads Malaysia!
Post a Comment