Friday, October 29, 2010

Diari Si Ratu Air Mata

Tengok tajuk buku ni pun dah boleh agak jalan ceritanya, kan? Asyik-asyik nangis... Tapi itulah penceritaan disebalik PELIT (jurnal peribadi) ini. Ditulis oleh Natasha Effyzal dan diterbitkan oleh PTS. Buku ni nipis dan murah saja. 116 mukasurat dan berharga RM8.90. Dalam masa sejam pun dah boleh habis baca.

Tapi itulah realiti kehidupan seorang pelajar yang pertama kali tinggal di asrama. Tuan empunya diari ini bernama Hani Idayu dan tersangatlah mengada dan manja. Diari ini banyak mengingatkan aku tentang pengalaman yang sama. Cuma kadang-kadang aku rasa menyampah sebab merasakan yang Hani Idayu terlalu mengada-ngada. Ada kalanya juga aku tergelak bila baca buku nih. Opppps.... bukannya sebab kisahnya lucu atau lawak. Tapi kisah-kisah tersebut membuatkan aku teringat kenangan-kenangan yang menggeletek pinggang semasa bersekolah asrama dulu. Cempakarian dan kelas 5 al-Hakim!


No comments: