Dah lama benar aku tak pintal atau sulam aksesori ni. Aku rehat dari kerja-kerja tangan ni bermula awal tahun 2009 hinggalah beberapa minggu lepas disebabkan komitmen yang sangat tinggi untuk menyiapkan thesis. Bila thesis dah siap pula, aku balas dendam baca buku. Sampailah ke suatu masa jiwa aku meronta-ronta mahu memintal dan menyulam aksesori semula!
Semalam merupakan hari lepas gian bagi aku! Dari pagi sampai tengah malam tadi, aku asyik dengan kerja-kerja memintal dan menyulam kerongsang. Jom tengok hasil kerja tangan aku semalam!





















No comments:
Post a Comment