
Masa belek-belek buku yang nak dipilih untuk dibaca minggu lepas, buku ni yang menarik perhatian aku. Aku terfikir jugak... bila masa aku beli buku nih. Biasanya aku memang ingat buku-buku yang aku beli. Owh... rupanya aku dapat dari murid-murid tahfiz yang aku jumpa kat Ampang Park. Walaupun tajuk buku nih 40 hadis, sebenarnya ada 42 hadis yang diceritakan dan semuanya sahih belaka. Disusun oleh Ahmad Fahmi Zamzam dan diterbitkan oleh Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiah Islamiah, Kedah.
Diantara hadis yang menarik perhatian aku ialah 15 maksiat yang menurunkan bala yang diriwayatkan oleh Tirmizi.
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia sudah menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum di merata tempat.
12. kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
13. Para artis disanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat gerenasi pertama (sahabat).
No comments:
Post a Comment