Buku nih sangat menarik! Boleh tergelak dan tersenyum bila membacanya! Dihiasi dengan gambar-gambar hiasan pada setiap bab. Bahasa yang digunakan sangat santai sekali. Rencana yang ditulis merupakan hal-hal biasa yang berlaku pada kaum lelaki dan benda-benda yang biasa difikirkan oleh kaum perempuan terhadap lelaki. Ditulis oleh Muhamad Mat Yakin dan diterbitkan oleh alaf 21 pada tahun 2008. Buku nih tak tebal sangat.... 222 muka surat, tapi memang tak puas membacanya! Ada 78 bab kesemuanya!
Diantara artikel yang ditulis ialah rahsia ibu jari lelaki (manalah korang dapat tahu mitos nih??? pandai-pandai jer!), Lelaki melayu tak romantik?, isteri berjenama, sindrom 40, "Jimak" di highway dan seksi itu bagaima?
Salah satu artikel yang menarik ialah "Tarbiyatul Ulum Fiddunya". Orang yang buta bahasa Arab nih memang blur la bila baca tajuk nih.... bunyi macam serius jer kan??? Alkisahnya seorang suami yang setiap malam enjoy kat kelab-kelab dangdut. Kawan-kawan pun pelik, macam mana dia boleh dapat lesen keluar setiap malam tanpa syak wasangka oleh si isteri. Rupanya si suami berlagak alim, keluar rumah dengan baju melayu, berkain pelikat dan berkopiah. Tengah jalan tukar baju yang memang dah ready dalam bonet kereta. Bila si isterinya tanya nak ke mana... si suami jawap nak ke masjid... ada tok guru ajar ilmu dari kitab best... kitab Tarbiyatul Ulum Fiddunya.... yang bermaksud... "belajar ilmu-ilmu dunia...."
Satu lagi artikel yang aku suka baca ialah "Sentimental Baju Kelawar". Mengisahkan seorang suami yang ditinggalkan isteri yang pergi kursus di Pulau Langkawi. Demi mengubat hati yang lara, kawan-kawan pun ajaklah si suami tuh pergi jalan-jalan ke pasar malam. Bila dengarnya perkataan pasar malam, terus jer si suami tuh menolak pelawaan kawan-kawannya dengan bersungguh-sungguh. Kawan-kawan pun pelik... kenapa pulak??? Si suami mengatakan yang dia tak tahan tengok baju kelawar! Muahahahaha..... macam-macam ada!
2 comments:
terima kasih krn sudi puji hasil karya yng tak seberapa ni... thanx a lot - drp penulis buku aduhai suami
Terima kasih juga kepada saudara penulis kerana sudi singgah di blog saya.
Post a Comment