Monday, January 25, 2010

100 Soal jawap Psikologi Anak

Buku nih merupakan kompilasi soal jawap psikologi anak dari majalah Pa&Ma. Dah lama benar tak beli majalah tuh... beli time mengandung jer... Diterbitkan oleh Buku Prima pada tahun 2008. Semua soalan dijawap oleh doktor pakar dalam bidang ini. Lagipun soalan yang ditanya merupakan soalan yang biasa kita nak tanya, tapi tak tertanya pun pada siapa-siapa. Kalau tanya pun... bukan kepada orang yang sepatutnya. Jadi semestinya jawapan yang diberi merupakan dari teori dan pengalaman dari si tukang jawap soalan tersebut tadi.

Buku ini terbahagi kepada 4 segmen utama iaitu memahami perangai anak, memahami emosi anak, memahami masalah anak dan memahami kesihatan anak. Memang banyak yang ada kaitan ngan budak-budak dalam rumah nih merangkap anak murid kelas vokal aku.


Apa yang tak menariknya pasal buku ni... tiba-tiba ada ruangan info bagi setiap jawapan. Ruangan info tu merupakan isi utama jawapan yang telah diberi oleh ahli panel. Sesuatu yang tidak perlu bagi aku! Macam buat dua kali kerja aje! Saja nak tebalkan buku la tuh... Harga buku nih RM15.50 dan setebal 271 muka surat. Seandainya ruangan info itu dibuang, mahunya sampai 150 muka surat atau kurang. Berapa banyak pokok yang tumbang semata-mata nak dijadikan kertas untuk mencetak sesuatu yang tak sepatutnya! Aduh.... aku emosi lagi!

No comments: