Sunday, January 24, 2010

Manikam Kalbu

Aku beli buku ni masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pada kunjungan yang ke berapa ntah.... aku pun tak ingat. Mulanya aku tak terfikir pun nak beli buku ni. Tapi bila Yanti pesan buku ni, aku mula jeles. Aku pun nak baca jugak! Sebelum ni dengar dan baca jer cerita dari si awa. Betapa admire gilernye si awa terhadap si FT nih. Aku beli kat booth Dewama. Dapat 25%. Syiok giler! Ini novel yang kedua aku baca tahun lepas selepas Ayat-Ayat Cinta dan merupakan novel pertama Karya Faisal Tehrani yang aku baca. Kak Has gelar buku nih "buku kucing gemok". Ramai kawan-kawan dah baca buku nih dan komen buku nih memang best! Itu yang membuatkan aku tak sabar-sabar nak baca buku nih.

Buku setebal 357 muka surat nih aku baca sepenuhnya di dalam kampus. Aku hanya bawa balik bila dah habis baca... konon-konon nak ulas... tapi berbulan jugaklah aku nak ambil mood. Selalunya aku baca buku nih pada waktu lunch, kebiasaannya pada hari Jumaat. Buku nih juga aku bawa pergi gym... sambil kayuh basikal... sambil baca... memang tak sedar masa berlalu...

Mengisahkan seorang anak yatim piatu yang hanya mempunyai seorang nenek yang nyanyuk. Ziryab bercita-cita hendak menjadi seorang pereka fesyen. Watak seekor kucing bangsawan yang sangat lucu terus menarik perhatian aku untuk menghabiskan buku cerita nih. Kucing bangsawan bercerita tentang Manikam Kalbu yang telah mereka busana Melayu dan pengembaraannya menuntut ilmu bagi memenuhi tanggujawap seorang pereka busana muslim yang berpegang pada syariat Islam. Memang banyak mesej yang disampaikan oleh penulis melalui buku ini. Pakaian bukan sekadar fesyen tetapi juga sebagai ibadah yang harus kita praktikkan. Aku dah target beberapa buku karya Faisal Tehrani untuk diborong pesta buku nanti!

No comments: