Bila saja terbaca perkataan "batu" dan "Kuala Berang", apa yang bermain atau menari-nari di fikiran? Bagi aku, batu yang dijumpai di Kuala Berang itu mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi! Memang ramai yang sependapat dengan aku. Atau aku yang sependapat dengan mereka. Inilah bukti kepada teori kedatangan Islam di Nusantara sejak lebih 700 tahun dahulu. Batu bersurat tersebut dipercayai ditulis pada 22 Februari 1303 dengan menggunakan tulisan Jawi dan dalam Bahasa Melayu.
Hasil karya Faisal Tehrani ini merupakan novel pertama beliau yang diterbitkan oleh PTS. Novel ini nipis saja dengan 176 muka surat tetapi sarat dengan fakta-fakta sejarah yang sungguh mengujakan. Novel ini mampu membangkitkan rasa kagum pada kegigihan ulama-ulama pada masa silam untuk menyebarkan dakwah kepada masyarakat Nusantara yang pada ketika itu mempunyai pengaruh agama Hindu yang begitu menebal.
Sebelum ini, aku telah memasukkan satu entry lagu Tombo Ati nyanyian Opick kerana terpesona dengan lirik lagu tersebut yang mampu mengubat hati dan jiwa yang sedang kacau. Aku betul-betul tak menyangka yang lagu tersebut merupakan ciptaan salah sorang dari Walisongo. Beliau adalah Sunan Bonan yang gemar mengubah Gamelan dengan unsur zikir yang menggalakkan kecintaan kepada kehidupan akhirat. Wah! Inilah "wali band" yang sebenar!
Novel ini mengisahkan sekumpulan pelajar yang ingin menyiapkan satu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Apa yang paling kelakar bagi aku adalah watak Syarifah Ezzati selaku peneraju utama dokumentari drama ini.
Bukankah dia yang mengeluarkan kenyataan kontroversi, 'saya rasa seperti bodoh makan cencaluk dan lebih standard apabila makan spageti' ketika menang anugerah pelakon terbaik untuk filem Budu dahulu? Dia dahulu mempertahankan cara berpakaian seksi dengan mengatakan, perempuan Melayu sudah lama tahu berkemban. Bukan dia?
Walaupun topik yang diketengahkan agak berat kerana berunsur fakta dan sejarah, percayalah yang aku tak mengantuk pun apabila membacanya! Eerrr... cuma pada bab permulaan aku rasa agak kusut... mungkin disebabkan terlalu penat akibat marathon buku baru-baru ini!
2 comments:
watak-watak di dalam penulisan Dr Faisal, sememangnya wujud di alam benar.. ahaha
hahaha... betol tuh!
Post a Comment