Tuesday, May 24, 2011

Make Today Count


Buku ini merupakan edisi bahasa melayu yang telah diterbitkan oleh PTS pada tahun 2011. Berharga RM14.50 dan sangat bersesuaian dengan tahap "kenipisannya" iaitu hanya 113 muka surat. Namun begitu, ia sangat berguna terutama sekali jika kita ingin mendapatkan tips kejayaan kerana ianya sangat praktikal dan diamalkan sendiri oleh penulis buku ini iaitu John C. Maxwell.

Ia menggariskan disiplin-disiplin harian bagi membantu penulis menjadikan setiap hari dalam hidupnya hari yang paling bermakna, dan hanya satu langkah ke arah kejayaan. Bertepatan dengan tajuk, rahsia kejayaan ditentukan oleh agenda harian kita tanpa kita sedari. Setiap detik amat berharga bagi mencapai kejayaan pada masa hadapan. Sebenarnya, aku sendiri berasa sangat hairan bagaimana seseorang itu tergamak membiarkan masa yang dimilikinya berlalu begitu sahaja. Masa itu umpama air sungai yang mengalir deras dan setiap zarah air yang mengalir itu tidak akan sama dengan zarah air yang sebelumnya.

12 perkara kritikal yang mempengaruhi kejayaan ialah:
  1. Sikap

  2. Prioriti

  3. Kesihatan

  4. Keluarga

  5. Berfikir

  6. Komitmen

  7. Kewangan

  8. Agama

  9. Hubungan

  10. Kebajikan

  11. Nilai-nilai

  12. Pembangunan diri
Buku yang baik ialah buku yang mampu mengubah pegangan, rutin serta tabiat seseorang supaya menjadi lebih baik.

Berikut merupakan petikan yang telah mengubah rutin bacaan aku selama ini:

Sekiranya kamu menyemak mana-mana buku menarik yang saya sudah baca, kamu pasti akan melihat senarai halaman dan subjek menarik di dalam buku itu tercatat di muka hadapannya. Apabila saya selesai membacanya, saya memberikannya kepada pembantu peribadi saya yang akan menyalin semua bahan dan petikan yang saya tandakan dan memfailkannya untuk saya. Saya sudah mengamalkan sistem ini selama 40 tahun!

Saya sarankan kamu supaya kamu juga mula memfailkan segala petikan, kisah dan idea menarik yang kamu temui sepanjang perjalanan pembelajaran kamu. Tabiat ini bukan sahaja mampu memastikan kita tidak putus bahan-bahan menarik bagi kegunaan masa hadapan, tetapi juga memastikan minda kita sentiasa terangsang dan dapat membantu kita berkembang.

Aku mula terfikir. Selama ini aku membaca secara pasif kerana aku tidak membuat sebarang catatan atau nota semasa membaca. Membaca adalah aktiviti santai yang aku lakukan sambil berbaring di atas katil. Ada ketikanya aku terlelap dan sebaik sahaja aku terjaga, aku akan meneruskan bacaan lagi. Memang ada banyak info dan fakta yang sangat menarik tetapi aku lebih percayakan ruang simpanan di dalam memoriku. Tanpa disedari, segala fakta yang tersimpan di kotak memori tadi akan hilang sebaik sahaja aku meneruskan rutin yang lain. Sayang sekali, kan?

Aku sangat sayangkan buku sehingga tidak tergamak untuk membuat sebarang catatan di atas setiap helaian kertas dan ternyata tindakan aku ini sangat kurang bijak! Walaupun aku tidak memfailkan segala info dan fakta tersebut, InsyaAllah aku akan kongsikan bersama di blog ini agar dapat disampaikan kepada sesiapa sahaja yang singgah di sini.

4 comments:

Mutiara Bernilai said...

yup.

kalu syg conteng buku, boleh conteng di blog kan? Aha, saya masih juga pembaca yang pasif, kurang membuat 'review' tentang buku yang sudah saya baca..

ouhh~

LydiaRosli said...

Ha..ah...
Saya pun pilih conteng kat blog... bole share dengan orang lain.
Nampaknya... saya pun dah semakin pasif sekarang... huhuhuhu

Mutiara Bernilai said...

akak,,
update |agi ya,

^__^

LydiaRosli said...

Iye, Ena..... sedang gigih, nih!