Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 baru saja usai semalam. Sakit bahu akibat menanggung beban yang berat masih terasa sehingga kini. Sengal! Kaki lenguh dek berdiri dan berjalan terlalu lama. Tetapi semua itu terubat apabila aku berulit dengan buku sepanjang cuti hujung minggu ini!
Tahun ini aku berkunjung ke pesta buku sebanyak 4 kali! Ya... 4 kali! Sebenarnya angka itu inginku tambah untuk menjadi 5 atau 6, tetapi poket dan kudratku seolah tidak merelakannya. Lebih-lebih lagi dengan kekangan masa untuk menelaah koleksi-koleksi baru dan sedia ada. Cukup! Bisik hati kecilku.... Sedangkan nafsu buasku meronta-ronta agar membeli buku lagi dan lagi!
Dipendekkan cerita, aku paparkan koleksi buku yang sah menjadi hak milikku!
Koleksi majalah yang berjaya dirembat! Majalah Solusi dijual dengan harga RM 8 senaskah (harga biasa RM 9). Majalah-majalah Dawama terbitan 2009 dan 2010 dijual RM 1 senaskah, terbitan 2011 diskaun 20%. Mastika RM 3.10 senaskah (harga biasa RM 3.80). Sempat juga memperbaharui langganan majalah Nur dari Karangkraf dan Adik Muslim untuk Hakimi.
Ingin mahirkan diri dengan ilmu pintal-pintal dawai. Dapat diskaun 20% dari Karangkraf.
Koleksi buku dari PTS Publication dengan diskaun 25% hingga 30%.
Koleksi dari Read Network. Diskaun RM1 dari harga asal. Buku-bukunya sangat bagus!
Koleksi dari booth Alam Raya Enterprise.
Dua buku yang teratas adalah percuma dari Synergy Media!
Tidak banyak koleksi buku CAP yang dibeli tahun ini. Tetapi yang sangat mengujakan ialah aku berjaya memiliki buku Tragedi Natrah dengan harga RM 5 senasakah walaupun buku tersebut layak ditempatkan di arkib negara!
Dari penerbitan Singapura. Beli 2 percuma 1.
Koleksi dari Dawama!
Dari penerbit Indonesia. Beli 1 atlas dapat diskaun 20%. Beli 2 atlas dapat diskaun 30%.
Oleh-oleh dari Institut Terjemahan Negara
Koleksi dari booth Ana Muslim
Koleksi dari booth True Wealth dengan diskaun sebanyak 40%.
Saba Islamic dengan diskaun 10%. Dapat 1 kaset percuma!
Koleksi buku bersaiz comel dari Nickleodeon Books. Cuma RM 5 senaskah!
Buku-buku RM 2 senaskah dari Creative Enterprise.
Koleksi dari booth Alaf 21 dan juga Buku Prima. Diskaun sebanyak 20%-25%.
Buku-buku dari booth Al-Ameen dengan diskaun 20%.
Oleh-oleh dari booth MPH. Buku-buku ini dijual dalam bentuk pakej dengan harga asal RM 59.90 dan diskaun sebanyak 10%.
Sebuah syarikat penerbitan baru Pelima Media. Diskaun sebanyak 20%.
Nota kaki:
1) Tidak berkesempatan untuk mengambil gambar koleksi anak-anak. Buku budak-budak comel telah disimpan dengan selamatnya!
2) Gambar hadiah-hadiah percuma pun tak sempat dirakam!
3) Dapat tandatangan dari penulis Bahruddin Bekri tapi terlupa nak ambil gambar tuan punya badan!
4) Penulisan artikel ini tergendala lebih 3 kali gara-gara si comel terjaga dari tidur lenanya! Secara tidak langsung membawa pergi idea-idea yang kupendam sejak sekian lama...
Petikan dari buku "Spiritual Reading" oleh Dr Raghib As-Sirjani dan Amir Al-Madari
"Kalau bukan kerana buku, niscaya banyak ilmu yang hilang dan takkan ditemukan. Jika ada orang mencela karena memperbanyak koleksi buku, itu merupakan kesalahan besar. Jika pendapat orang ini diterima, maka berbagai jenis ilmu akan hilang. Orang-orang yang bodoh pun akan menguasai ilmu dan akan berbuat sesuka hatinya. Jika bukan kerana persaksian dari berbagai buku, maka pengakuan orang bodoh dengan orang pintar tidak boleh dibezakan."
10 comments:
Nenny, Buku yati salem tu 'dh pgg' tp leh x perasan penulisnya..hukhuk..sedeyy!..thn ni x byk (ke x ckup masa) booth yg di jelajah...lgpon kat mind set tuk cari buku2 UPSR jek...xperlah..thn depan pjg umo beli lagi..hihihi
Hehehe... bole tak perasan penulis, ye....? panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi pesta buku tahun depan...
wow kak!!sgt jeles tgk koleksi buku akak!~saye kene tunggu next year laa kot??huhuhuh....
Tmah...
Dah bersalin ke belum??
saya pulak yang suspen!
harus ke dakwah corner, banyak buku motivasi bagus .. cth : Enjoy your life!
TQ UmmuNaylah...
wah. saya cemburu teramat!
eh. dale carnegie sangat best! Tak rugi beli!
belum baca lagi buku tu......
Terima kasih kerana mendapatkan buku Pengaruh Gaya Trump tulisan saya. :)
saudara syahrulnizam,
terima kasih sebab singgah di blog saya.
Post a Comment