Wednesday, May 11, 2011

Tak Payah Sombong Pun Tak Apa


Tajuk buku ini sangat menarik, bukan? Kebetulan aku baru sahaja melalui detik-detik kurang manis bersama dengan golongan yang bijak pandai yang berada di sekelilingku. Mungkin aku juga termasuk dalam golongan orang yang sombong, bongkak dan takbur tanpa aku sedari. Maafkan aku, kawan... sekiranya aku pun pernah berlaku sedemikian rupa terhadap kamu. Malah yang menjadikan aku agak teruja untuk memiliki buku ini ialah bait-bait kata yang sinis pada kulit belakangnya.

"Entah apa agaknya yang diajar di gedung universiti sehingga ramai berasa bagus dan perlu menjadi sombong"
Buku ini mengandungi 23 cerpen yang ditulis oleh Muhammad Teja, diterbitkan oleh Al-Ameen pada tahun 2011. Ada diantara cerpen-cerpen tersebut pernah disiarkan di majalah Tunas Cipta dan Jendela Utara. Pada mulanya aku menyangka buku setebal 150 muka surat ini boleh dihabiskan dalam masa sehari tetapi rupa-rupanya boleh memakan masa selama berhari-hari juga. Ini kerana ia adalah himpunan cerpen sastera dan bukannya cerpen santai yang boleh dikunyah-kunyah seperti memakan kuaci. Kebanyakan cerpen dalam buku ini adalah merupakan catatan peribadi atau pengalaman hidup penulis sendiri.

Antara tajuk cerpen yang menjadi pilihan aku ialah:
  1. Sang permaisuri lebah
  2. Dey!
  3. Tak payah sombong pun tak apa
  4. Pancaroba Jakarta
  5. Se-kolah
  6. Syarifah Zaliha pelajar luar negara
  7. Melati
  8. Warna

2 comments:

Qhaifa Nur said...

banyak membaca fikiran menjadi makin tajam..akan berubah ke arah itu insyaallah

LydiaRosli said...

insyaAllah.... sama2 kita doakan...