Thursday, May 12, 2011

Jom Jaguh

Buku ini merupakan buku kedua dari siri Jom yang ditulis oleh Dr HM Tuah dan diterbitkan oleh Alaf 21 pada tahun 2010. Terdapat karikatur comel yang menghias muka depan dan juga di beberapa bab yang terdapat dalam buku ini. Ditulis secara santai dan bersahaja dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan masyarakat. Setiap bab ditulis sebanyak 2 muka surat sahaja dan ia boleh dijadikan bahan bacaan ketika senggang kerana setiap bab memceritakan perihal yang berlainan. Kesemuanya terdapat 245 muka surat dalam buku comel ini.

Seperti biasa Dr Tuah menggunakan pengalaman sendiri dan fakta sebenar dalam mencetus idea penulisan motivasi beliau. Sangat menarik kerana fakta-fakta yang diberikan adalah sesuatu yang luar biasa. Terdapat juga kata-kata motivasi pada setiap penghujung bab. Tidak rugi membeli buku ini kerana kita boleh mengulang bacaan untuk meningkatkan kadar motivasi diri dengan kata-kata nasihat yang bernas oleh juru am kita ini.

No comments: