Tuesday, May 10, 2011

Reka Bentuk Perpustakaan Mini di Rumah


Tajuk buku ini berjaya menarik perhatian aku semasa di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 baru-baru ini. Sedang aku rancak bersembang dengan Yanti di booth Synergy Media, tiba-tiba bagaikan ada satu kuasa luar biasa yang menarik bebola mataku dan mengarahkan tanganku agar mencapai buku yang diletakkan di atas rak yang boleh tahan tingginya jika dibandingkan dengan kerendahan aku yang comel ini.

Wah! Menarik sungguh tajuk buku ini! Ok... Aku beli! Buku ini berharga RM24.90 dan setebal 85 muka surat yang penuh dengan warna-warna. Ia ditulis oleh 2 penulis Indonesia iaitu Isa Jantinegara dan Luna Mantyasih serta disunting oleh Siti Norhana Bt Ishak. Terdapat banyak kesalahan suntingan yang berlaku di dalam buku ini tetapi masih dapat mengekalkan mood aku untuk terus membaca sambil berangan di atas katil dengan gaya kuak lentang dan kuak kupu-kupu.

Buku ini terbahagi kepada 5 bab utama iaitu
  1. Bermula di sini, satu idea mengenai perpustakaan di rumah
  2. Buku. buku & buku...
  3. Merancang perpustakaan di dalam rumah
  4. Penyusunan dalaman yang membangkit suasana
  5. Inspirasi rekaan perpustakaan di rumah
InsyaAllah... aku akan kongsikan tip-tip yang sangat berguna di entri yang lain. (Terdapat banyak kesilapan yang editor buku ini terlepas pandang)

No comments: