
Wah! Cepatnya masa berlalu.... dah pun berada di awal tahun 2012. Aku meninggalkan tahun 2011 dengan menikmati MC yang panjang! Bermula dengan Chicken Pox selama 2 minggu dan diikuti dengan demam campak selama 2 minggu. Bukankah itu percutian yang mengujakan?
Seperti biasa, setiap tahun pasti aku akan memperbaharui azam yang tak kesampaian pada tahun lepas atau tahun-tahun yang lepas. Di bawah ini aku senaraikan beberapa azam yang boleh dikongsi bersama.
- Kurangkan membeli buku. Buku-buku boleh dipinjam di PSZ selama 2 bulan dan had maksima buku yang boleh dipinjam ialah 10 buah!
- Kurangkan tidur! Banyak lagi aktiviti yang berfaedah boleh dilakukan bersama budak-budak comel!
- Kurangkan berat badan! Sama maknanya dengan kurangkan makan.
- Bangun lebih awal setiap pagi. 2 anak dah bersekolah. Perlukan lebih masa untuk menguruskan budak-budak dan keperluan budak-budak di waktu pagi!
- Jangan bazirkan masa. Isi masa terluang dengan MEMBACA!
- Kurangkan "lagha" dengan FB. Tingkatkan RM dengan FB.
- Kerja secara sistematik! Desktop pada laptop & PC harus kemas.
- Habiskan kerja-kerja di pejabat dalam waktu pejabat! Jangan TANGGUH dan jangan bawa kerja balik rumah!
- Rajin-rajin masak dan mengemas rumah.
- Habiskan kerja-kerja rumah secepat mungkin dan jangan TANGGUH agar ada banyak masa dengan budak-budak comel!
- Langsaikan hutang-hutang secepat mungkin!
- Tambah belian emas di KFH.
- Tidak mengikuti drama bersiri di TV.
- RAJIN dan jangan MALAS.
*Gambar diambil ketika meraikan hari lahir Hannani pada 31 Disember 2011, lewat 11 hari dari tarikh sebenar.
0 comments:
Post a Comment