
Buku yang diterjemah ke Bahasa Melayu terbitan PTS ini ditulis oleh Stephen R. Covey, Bob Whitman dan juga Breck England. Buku ini menggunakan pasukan lumba basikal Perkhidmatan Pos U.S sebagai contoh utama dalam kajian kes bagi menerangkan dengan lebih jelas maksud setiap tips yang diberikan. Secara jujurnya aku sangat susah untuk memahami bait terjemahan ini. Mungkin aku perlu dapatkan edisi Bahasa Inggeris supaya dapat mennangkap maksud sebenar penulis. Memang benar. Kadang-kadang dalam sesuatu perkara, kita perlu dapatkan karya yang asal. Mungkin terjemahannya salah atau pun susunan ayatnya seperti "google translate"!
Terdapat beberapa perkara yang ingin aku kongsi bersama.
4 jenis bahaya ketika dalam keadaan yang tidak diduga: (ayat buku: empat bahaya dalam keadaan yang sukar diramal.)
- gagal melaksanakan tugas
- krisis kepercayaan
- hilang fokus
- rasa kebimbangan yang menular
Kita akan berjaya menghadapi rintangan sekiranya kita:
- melaksanakan prioriti-prioriti utama dengan cemerlang
- bergerak dengan kepantasan yang selari dengan kepercayaan
- mencapai lebih dengan sedikit
- mengurangkan kebimbangan
Serius! Aku pening dengan penggunaan Bahasa Melayu buku ini!
0 comments:
Post a Comment