Wednesday, January 25, 2012

Nota Jutawan Nota Perniagaan


Buku yang ditulis oleh jutawan internet ini diterbitkan oleh Telaga Biru pada tahun 2008. Buku yang penuh berwarna-warni ini mampu menarik minat membaca sesiapa sahaja dengan gaya persembahan yang sangat bersahaja dan ringkas sahaja penulisannya. Buku ini aku pinjam dari Perpustakaan Komuniti Jusco AU2 dan hanya mengambil masa beberapa jam sahaja untuk menghabiskan pembacaannya sehingga ke kulit muka buku di belakang sekali!

Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu memulakan perniagaan, menambah pendapatan, menjalankan perniagaan dan menambahkan pendapatan. Semuanya amat berguna kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang pernigaan sebagai sumber pendapatan tidak kiralah secara sepenuh masa ataupun secara separuh masa.

Menurut Brian Tracy International, jutawan terdiri daripada 5 kelompok:
  1. 74% ialah pemilik perniagaan
  2. 10% golongan eksekutif senior yang memanjat tangga korporat
  3. 10% golongan professional seperti doktor, peguam dan sebagainya
  4. 5% ialah jurujual berkomisen atau konsultan jualan
  5. 1% pelbagai golongan lain
Nampak tak??? 74% pemilik perniagaan adalah merupakan seorang jutawan! Tunggu apa lagi??? Jom kita berniaga kerana Nabi Muhammad SAW pun pernah bersabda 90% daripada punca rezeki adalah daripada perniagaan (maksud hadis riwayat Na'im bin Abdul Rahman dan Yahya bin Jabar).

0 comments: