Monday, January 16, 2012

100 Simple Secrets of Happy People


Tekanan di tempat kerja mendorong aku untuk meminjam buku ini dari perpustakaan. Memang benar, kita perlu gembira untuk melaksanakan sesuatu kerja. Barulah kerja tersebut dapat dilakukan dengan sempurna dan akan mengembirakan orang lain juga! Buku ini ditulis oleh David Niven dan gaya penulisannya sangat mudah difahami meskipun ianya merupakan naskah hasil penyelidikan yang sangat serius.

Aku kongsikan bersama 100 rahsia tersebut mengikut terjemahan aku sendiri. :-)

  1. Hidup punya tujuan dan makna
  2. Guna strategi untuk gembira
  3. Tidak perlu menang setiap masa
  4. Matlamat haruslah selari dengan yang lain
  5. Pilih perbandingan yang munasabah
  6. Memupuk persahabatan
  7. Tutup TV
  8. Terima diri dengan tanpa syarat
  9. Ingat dari mana kita datang
  10. Limit dengan hanya memikirkan 1 subjek sebelum tidur
  11. Persahabatan mengatasi wang
  12. Punya jangkaan yang realistik
  13. Terbuka untuk idea baru
  14. Tunjukkan orang lain sangat bermakna bagi diri anda
  15. Jika tidak pasti, teka secara positif
  16. Percaya pada diri sendiri
  17. Jangan "terlalu" mempercayai diri sendiri
  18. Jangan hadapi masalah secara berseorangan
  19. Umur bukan untuk ditakuti
  20. Bangunkan rutin isi rumah
  21. Jangan terlalu melindungi
  22. Tumpukan perhatian. Anda akan dapat apa yang anda mahu
  23. Jangan biarkan kepercayaan terhadap agama pudar.
  24. Cakap serupa bikin
  25. Jangan agresif terhadap rakan dan juga keluarga
bersambung....

No comments: