Wednesday, December 7, 2011

Lemau

Apa yang lemau? Biskut?
Apa pula biskut.... akulah yang lemau...
Tengok ni... makan banyak... sekarang mengantuk pula!
Sebenarnya hari ini merupakan hari pertama aku bekerja pada tahun ini mengikut kalendar hijrah.
11 hari bercuti sambil menikmati kesakitan dan kegatalan akibat "chicken pox" merupakan percutian yang sangat membosankan. Mak kata, inilah masanya untuk berehat....
Ok. Aku setuju. Berehat tanpa perlu memikirkan soal kerja-kerja di pejabat.
Masalahnya sekarang..... aku masih lagi dalam mood "bercuti sakit".
Mungkin disebabkan aku belum pulih sepenuhnya.
Atau mungkin sebab aku tak ada mood setelah melihat lambakan kertas di atas meja kerjaku yang kutinggalkan begitu sahaja lebih 11 hari yang lepas.
Sudah! Cukup! Kata banyak kerja..... tapi sampai sekarang aku masih di alam fana cinta!
Baiklah.... aku akur! Aku mengaku! Aku culas!
Aku akan bangkit dari kelemauan dan kemalasan ini untuk menjadikan hari ini lebih bermakna (make today count!). Ya! Bangkit! Bangunlah....

No comments: