Friday, January 14, 2011

Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual

"Kesihatan seksual dan reproduktif wanita dianggap isu sensitif tapi perlu dibincang secara telus dan terbuka" ~ Profesor Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi.

Memang betul apa yang dikatakan oleh Dr. Mohd Ismail Tambi. Masyarakat kita terlalu segan untuk membicarakan tentang organ reproduktif sehinggakan tidak tahu atau kenal apa yang sepatutnya diketahui oleh setiap pemilik organ reproduktif ini. Pelik, bukan? Sehinggakan ada yang sanggup merahsiakan masalah-masalah yang berkaitan dengan organ ini dari bertanya atau membaca untuk mendapatkan penjelasan.

Buku ini sesuai untuk dibaca oleh kaum hawa pelbagai peringkat umur untuk mengenal organ reproduktif sendiri malah boleh juga dibaca oleh kaum adam bagi mengenal isteri mereka dengan lebih dekat lagi. Penyampaian secara bersahaja dan lengkap dengan hujah saintifik bagi memudahkan lagi pemahaman. Terdapat juga ilustrasi yang kelakar dan menarik bagi merehatkan minda.

Baru sahaja diterbitkan pada November 2010 oleh Telaga Biru dengan harga RM20. Buku setebal 125 muka surat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mantapkan Kesejahteraan Seksual dan Soal Jawap Masalah Seksual Wanita. Rekabentuk buku ini sangat menarik dan terdapat info syariah sebagai pelengkap maklumat menurut Islam.

Apa lagi??? Boleh buat pesanan online di web Stormreaders. Penghantaran hanya mengambil masa 2 hari untuk sampai ke rumah anda! [Wah... sempat lagi buat iklan!]

No comments: