Friday, January 14, 2011

Penyebab Rusaknya Amal

Buku ini ditulis oleh Syaikh Salim bin 'Ied al-Hilali dan diterjemah ke Bahasa Indonesia oleh Badrussalam, Lc. Ini merupakan cetakan kelima dan diterbit oleh Pustaka Imam Asy-Syafi'i, sebuah penerbit dari Indonesia. Buku ini dibeli secara online melalui web Stormreaders.

Buku ini berharga RM8 bersesuaian dengan saiz kecilnya dan hanya mengandungi 102 mukasurat tetapi sarat dengan segala apa yang ingin kita ketahui mengenai perkara yang boleh merosakkan amal ibadah kita menurut al-Quran dan sunnah yang sahih. Setiap amalan yang merosakkan amal ibadah itu disertakan sekali dengan dalil untuk mengukuhkan lagi fakta.

20 amalan yang disenaraikan sebagai penyebab rosaknya amal adalah seperti di bawah:
  1. Kufur, Syirik, Murtad dan Nifaq.
  2. Riyak
  3. Mengungkit kebaikan dan menyakiti hati orang yang diberi kebaikan
  4. Mendustakan takdir
  5. Meninggalkan Solat Asar
  6. Sumpah palsu atas nama Allah
  7. Menentang Rasul dengan perkataan atau perbuatan
  8. Berbuat Bidaah dalam agama
  9. Melanggar laranga-larangan Allah ketika sedang bersendirian
  10. Gembira dengan pembunuhan orang mukmin
  11. Tinggal bersama kaum musyrik
  12. Mendatangi dukun dan tukang tilik
  13. Derhaka kepada ibubapa
  14. Arak
  15. Berkata dusta dan beramal denganya
  16. Memelihara anjing kecuali untuk menjaga ternakan, kebun atau berburu
  17. Budak yang kabur sampai ia kembali kepada majikannya
  18. Wanita yang derhaka kepada suami sehingga dia kembali taat.
  19. Imam yang dibenci makmum
  20. Tidak bertegur sapa sesama muslim tanpa alasan syarie

Alangkah sia-sianya amal ibadah kita sekiranya masih terdapat lagi sifat atau perbuatan seperti yang diatas.

No comments: