Friday, January 7, 2011

Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi


Buku ini ditulis oleh Abu Afiqah dan diterbitkan oleh Darul Nu'man pada tahun 1996 (cetakan keempat). Aku beli buku ni di Pasar Malam Jelatek pada tahun 2003. Buku setebal 376 muka surat ini sarat dengan panduan yang amat berguna kepada bakal ibu dan juga bakal bapa terutama dalam persedian menyambut orang baru dalam keluarga.

Terdapat 13 bab utama dalam buku ini.

  1. Bimbingan bagi wanita mengandung
  2. Beberapa masalah ketika mengandung
  3. Amalan semasa mengandung
  4. Beberapa pedoman wanita mengandung
  5. Mengatasi sakit bersalin
  6. Amalan suami ketika isteri mengandung
  7. Tanggungjawap bapa terhadap kelahiran anak
  8. Kesihatan ibu setelah bersalin
  9. Petua-petua masa mengandung dan masa pantang
  10. Menjaga kesegaran jasmani ketika mengandung
  11. Pemulihan kesihatan setelah melahirkan
  12. Panduan menamakan bayi
  13. Surah-surah pilihan
Buku ini selalu dibelek terutama sekali untuk mencari nama-nama yang sesuai bagi budak-budak comel ini. ;-)

1 comment:

DeWaGaNaS said...

kamek ada juak buku tok...