Walaupun Dr Tuah dah pesan, "Bacaan untuk mereka yang sedang gagal. Orang berjaya dilarang membaca"... tapi aku tetap nak baca buku ni bagi melengkapkan koleksi buku-buku Dr Tuah yang ada dalam simpanan. Lagipun aku memang suka baca hasil penulisan Dr Tuah walaupun kadang-kala aku rasa terdapat cerita yang sama diulang pada buku yang lain.
Buku ni dibeli di MPH Bookstore di Jusco Wangsa Maju pada 5 Ogos 2010. Baru malam tadi aku dapat habiskan. Bukan sebab bosan. Tapi terlalu banyak buku yang nak aku baca sampaikan aku baca buku-buku tersebut dengan serentak dalam satu masa yang sama.
Diterbitkan oleh Oasis Buku pada tahun 2010 dan diedarkan oleh Alaf 21. Buku ini berharga RM15 dengan ketebalan 315 muka surat. Terdapat ilustrasi menarik disertai dengan kata-kata motivasi yang sinis.
Seperti biasa, buku Dr Tuah tak pernah kecewakan aku. Ia banyak memberi ilham dan motivasi untuk aku meneruskan missi kehidupan ketika diserang penyakit "M". Memang betul. Sekali gagal tidak bererti gagal selamanya. Kejayaan adalah satu PILIHAN dan bukannya kebetulan. Semestinya aku memilih untuk BERJAYA. Untuk berjaya pula memerlukan pengorbanan. Tapi AWAS! Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Memang tak dapat dinafikan kita tak akan dapat semua yang kita mahu. UTAMAKAN yang UTAMA.
pst! sesungguhnya aku seorang yang tamak dalam mengejar sesuatu....
No comments:
Post a Comment