Friday, January 7, 2011

Buku Panduan Lengkap Penjagaan Ibu & Anak

Buku ini aku beli sewaktu mengandung Hakimi pada tahun 2003 di Pasar Malam Taman Melawati dengan harga cuma RM35 sahaja! Bukan buku second hand! Ini memang buku baru. Seperti biasa, dah namanya pun pasar malam, aku cuba untuk tawar-menawar harga buku ni. Tapi Si Penjual buku kata harga dah memang murah! Kalau di kedai buku harganya mencecah RM70! Hmmm... Okaylah... saja nak test power! Dengan ketebalan buku 256 muka surat dan hard cover lagi..... memang dah kira murah sangat! Aku pun saja cari buku ni kat MPH Book Store. Fuh! Harga RM75.90! Si Penjual Buku tuh ternyata tak menipu! Rasa bertuah sangat dapat beli buku ni dengan harga yang murah!

Buku ini ditulis oleh Elizabeth Fenwick dan diterjemahkan oleh Mary Huang Soo Lee. Diterbitkan oleh Penerbitan Pelangi Sdn Bhd dan dicetak pada tahun 2002. Pada awal buku ini, ada kata-kata aluan dari mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato' Chua Jui Mei yang bertandatangan pada 8 Mei 1996. Ini bermakna buku ini telah berulang kali dicetak.


Terbahagi kepada 3 bab utama iaitu Kehamilan dan Kelahiran, Penjagaan Bayi dan Penjagaan Kesihatan. Selain dari penggunaan kertas licin, buku ini juga penuh dengan gambar-gambar yang menarik! Ini menjadikan buku ini umpama buku teks lengkap yang harus dimiliki oleh bakal ibu dan juga para ibu amnya!



Hakimi dan Aiman memang suka belek buku ni. Jenuh juga nak menjawap soalan dari budak-budak ni. Secara tak langsung buku ni dah jadi bahan pengajaran dan dapat meningkatkan pemahaman budak-budak tentang kehadiran adik Fatin Hannani!

No comments: