Friday, January 14, 2011

Buku baru awal tahun 2011

agi-pagi lagi dah ada orang ketuk grill rumah aku. Apa ni? Orang tengah sedap-sedap tidur! Sempat lagi aku berfikir... nak buka pintu atau teruskan saja tidur. Tapi risau jugak kalau ada hal yang mustahak ke... Aku pun buka pintu dalam keadaan yang agak mamai.

"Kak, loceng rosak ke?"
"Ha...ah. Habis bateri."

Lor.... macam mana aku boleh terlupa ni? Biasanya akulah yang tertunggu-tunggu kedatangan mamat ni! Sangat teruja bila tengok apa yang dipegang oleh mamat yang tercegat kat depan rumah aku!

Hari Isnin yang lepas, aku beli majalah solusi keluaran terkini dan beberapa buku lain di web stormreaders. Biasanya penghantaran makan masa 2 hari daripada tarikh pesanan.


Ini buku-buku yang aku pesan. Memang asyik!

No comments: