Monday, February 2, 2009

Shopping di akhir bulan


Hmmm...dah pukul 12 tengahari. Biasanya tengahari jumaat macam nih, aktiviti mingguan ialah keluar dari kampus. Tapi macam malas jer nak keluar...kerja masih banyak lagi ni. Aku ingat nak beli makanan kat gerai belakang UTM jer. Ntah macam mana...tengah aku berkemas nak keluar tuh, kak has buzz aku kat ym. Chit chat sekejap....sambil2 tuh tanya...dia ada nak gi mana2 tak lunch time nih. Kak has kata nak gi jusco AU2...nak ikut tak??? Nak!!! Bagaikan ngantuk dihulurkan bantal....aku nak ikut gi jusco! Mulanya plan nak gi makan aje...Bila perut dah kenyang...terasa lak nak gi merayau. Nak beli majalah Mingguan Wanita la...sure dah keluar yang baru tuh. On the way nak gi kedai buku, terlalu lak kedai tudung. Alamak....canteknya tudung...jom singgah sat...Kak has kata dia nak beli hadiah hari jadi mak dia....Aku ingat nak temankan aje...Ntah macam mana...hatiku tergoda ngan tudung syiria 2 pieces. Tudung sarung jer...memula sarung anak...pastu sarung emak. Aku pun try la kat fiiting room. Hmmm...cam pelik jer muka aku pakai tudung nih....tapi hati dah berkenan...Aku pun beli la satu.
Photobucket
Ni dia tudung syiria 2 pieces. Bole pakai anak yang cerah atau anak yang gelap. Harga RM18. Ada 20% less. So bayar cuma RM14.60 saja.

Photobucket
Lepas bayar tuh, tudung baruku dimasukkan kedalam beg comel di atas. Wah...bestnya...kalau macam nih nak shopping setiap minggu la....10 minggu shopping , dapat la 10 beg comel kat atas tu!
Balik kerja, macam biasa aku ambik kimi dari nurseri. Kimi nangis...aku ambik lambat. Ala...lambat beberapa minit jer... So aku pun pujuk dia... bawak gi kedai mamak bawah rumah aku. Dia beli roti jer. Aku lak over beli majalah. Opps...tengahari tadi tak sempat beli majalah. 1 jam aku habis kat kedai tudung.

Photobucket
Nih first time aku beli majalah Al-Islam. Selama nih tumpang baca aje. Apa yang mendorong aku nak beli majalah ni??? Sebab Astora Jabat bukan lagi wartawan/pengarang kat majalah nih. Lagi satu...promo hebat giler kat dalam mastika. Memang lemah la jiwa raga ku ini... Aku pun beli majalah nih setelah belek2 kat kedai. Cari gak majalah Mingguan Wanita. Dah habis????? Cepatnya habis!!! Aduh! Kecewa lagi.... Sampai jer kat rumah, aku pun baca majalah nih...Best jugak! Best...best...best...Bertambah lagi koleksi bahan bacaanku.
Keesokannya pulak, aku & family gi ke jusco AU2 seperti lazimnya di hujung minggu. Kali nih aku pastikan aku mencapai target untuk membeli barang2 keperluan. Selepas makan, aku gi ke Watson. Beli barang2 seperti di bawah.

Photobucket
Pencuci contact lense. Beli banyak sekali...senang kemudian hari.

Photobucket
Kapas muka. Untuk kegunaan menyental muka dan leher, serta kegunaan2 lain.
Target seterusnya ialah nak cari majalah Mingguan Wanita. Aku pun gi ke kedai SKH ditemankan anak lelaki sulongku. Niat dihati nak belikan dia buku. Tapi anak kesayanganku ini kata, "tak payah beli buku kimi....kat rumah dah ada banyak buku." Opss...baru aku sedar. betul jugak. Kat rumah ada berpuluh2 (ker dah capai beratus?) buku kimi yang aku beli sejak dia baby lagi.

Photobucket
Inilah dia rupa cover girl Minguan Wanita yang terhangat dipasaran!
Agenda shopping diteruskan lagi semalam. Kali nih bertempat di Ampang Park, port shopping aku awal bulan ngan tengah bulan. Apa yang menarik kat butik avon kali nih? Aku beli makeup base dari rangkaian penjagaan kulit Refined White. Saja nak try produk baru. Dah pakai malam tadi. Memang best. Kulit kelihatan lebih smooth. Bedak jadi lebih natural....bukannya seperti tepung gomak. Best! Suka sangat!

Photobucket
Aku beli 2 botol. Harga biasa ialah RM29.90. Harga promosi ialah RM23.90. Dapat 1 towel muka percuma! Wah...aku memang suka barang free!

Photobucket
Ini dia towel yang aku dapat free tuh. Masih tersimpan kemas dalam plastik. Sayang nak guna.


No comments: