Sunday, February 22, 2009

Batu Bersurat Vs Batu Bernombor?

Pernahkah anda terdengar tentang batu bersurat? Sudah pasti kita sudah terbiasa dengan perkataan batu bersurat tersebut (Sejarah-subjek wajib) . Tetapi bagaimana pula dengan batu bernombor? Batu bernombor dijumpai di Jalan Bintulu-Sibu dan dipercayai telah wujud sejak zaman 1970-an lagi. Batu ini dipercayai boleh memberi nombor bertuah bagi peminat nombor ekor. Biasanya nombor-nombor yang naik itu akan dicatat pada badan batu tersebut sebagai kenang-kenangan bagi si penikam nombor. Ada juga yang sanggup berhabis-habisan wang kemenangan judi demi membuat kemudahan frasarana kepada penunggu batu tersebut seperti pagar, bumbung dan papan tanda. Ada mitos yang mengatakan terdapat percubaan untuk memusnahkan batu tersebut kerana menghalang laluan dan kerja-kerja pembinaan jalan. Malangya usaha yang suci lagi murni itu telah gagal walaupun ada pihak cuma mengebom batu tersebut. Sehingga kini batu bernombor tersebut masih gah berdiri disamping nombor-nombor yang sentiasa bertambah menghiasi dindingnya.
Nota kaki: Jangan percaya pada benda khurafat dan syirik ini. Bisa jatuh syahadah.... entry ini sekadar berkongsi info yang dikutip dari masyarakat setempat.

No comments: