Thursday, February 5, 2009

Salin nombor telefon

Petang tadi, kimi bertanyakan nombor telefon abah.
Masa tu aku tengah sibuk kat dapur.
Aku suruh dia ambilkan pen dan kertas.
Tak lama selepas tu, dia pun berlari ke dapur.
"Ok... mama sebut... kimi tulis."
"012-668 2651"
"012...668...2651"
"Bak sini...mama nak tengok"
huh????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Mi... kenapa 6 tuh terbalik?"
"Betul la 6 tuh... memang macam tuh"
Hmmmm...
"Alamak, mi! Mama silap bagi nombor la! Itu nombor fon mama. Ok...salin semula apa yang mama sebut"
(maaf... nombor dirahsiakan... hehehehe)
Memang biasa terjadi kat aku.
Kalau orang mintak no fon aku...aku bagi no fon abah.
Kalau orang mintak no fon abah....aku bagi no fon aku.
Abah pun sama... orang mintak no fon dia... dia bagi no fon aku.

No comments: