Lagu ni pertama kali aku dengar masa kat MRSM Kuala Terengganu semasa minggu orientasi. Group aku kena buat persembahan koir.
Aku pernah tanya ngan team koir aku...lagu apa nih?
Dia kata nih lagu rasmi sekolah...time semua studentnya Melayu.
Tapi sekarang, MRSM dah ambik kaum lain....so...lagu nih tak bole pakai lagi....ganti lagu lain.... OOoooo...gitu.
Aku cuma ada masa 3 hari untuk aku hafal lagu tuh.
So... apa yang tinggal kat kepala otak aku pada hari nih.... cuma...
"Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi....(pastu lupa)......Bumi dipijak milik orang"
"Nenek moyang kaya raya, tergadai semua harta benda, akibat sengketa sesamalah kita,......(lupa lagi)"
".......Melayukan gagah di nusantara"
Huhuhu.... itu pun dah cukup buat aku rasa sebak. Air mata pun dah bergenang....
Errr...memang ada sesuatu kat lagu nih....
Sesuatu yang tak semua orang dapat rasakan...
Sampai jer ofc, aku pun google la lirik lagu nih...
Jumpa jugak.... siap ada dalam youtube lagi.
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang (kini dinyanyikan Bumi Dipijak milik orang)
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiriMasa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang (kini dinyanyikan Dah Hilang...)
Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan
Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi
(Dua rangkap di atas tidak dinyanyikan lagi kini)
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diriKita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa (kini dinyayikan Maha Perkasa)
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
2 comments:
jgn Islam hilang dijiwa
masa kursus BTN pon ada nyanyi lagu ni..gambaran dlm lirik tu mcm dh jd kenyataan je...
Post a Comment