


Ok...dah sampai pun kat food court. Aku macam biasa belikan kimi ngan adek nasi ayam. Nih makanan feveret kimi. Sama selera ngan aku. Pastu abah lak beli nasi lemak rendang ayam. Nyum...nyum...nyum....

Selepas makan, aku shopping sedikit barang2 keperluan. Aku dah story kat entry sebelum nih. Shopping kat Watson ngan kedai buku SKH.



Sementara abah gi surau, aku pun bawak budak2 bertuah nih pusing2 jusco. Ala..pusing2 kat ground floor aje. Kang payah lak abah nak cari kita orang. Tiba-tiba.... "Mama! gigi kimi patah!"
Aku meneruskan misi mencari gigi kimi yang hilang. Setelah dua kali tawaf kat depan body shop tuh...baru la aku ternampak objek yang kimi rindui.




Kimi pulak sedih dengan kepatahan giginya tadi. Dengan rasminya dia menamakan gigi yang patah tuh sebagai "Baby". Bersebelahan dengan tapak arwah si Baby nih pun goyang2 jugak. Bakal patah dalam minggu nih jugak rasanya. Yang itu kimi namakan dia "Abang". Kimi kata hanya gigi yang bakal dan yang patah saja ada nama. Gigi2 yang sehat belum ada nama lagi. So cancel jumpa dentist. Balik Tidur..... ZZZzzzz
No comments:
Post a Comment