- Diadakan di Dewan Besar, bukannya di parking seperti biasa.
- Tiada pertandingan gerai tercantik, digantikan dengan hadiah misteri (staff pertama yang mengambil tempat dalam dewan, staff wanita anggun, staf lelaki anggun)
- Ceramah agama.
Diantara perbezaan-perbezaan di atas, aku paling suka yang nombor 3 tuh. Ntah kenapa aku rasakan ceramah hari ini best sangat. Agaknya dah lama sangat aku nih tak dengar ceramah, kot. Memang tak dinafikan cara penyampaian ceramah Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah berjaya menarik minat aku dan sekaligus menjadikan aku sebaris dengan peminatnya yang lain. Hehehehe... Antara initipati ceramah beliau yang masih segar dalam ingatan aku ialah:
Beza sambutan Hari Raya orang kita dengan orang timur tengah
- Raya sebulan - tempat lain hanya sehari saja
- Solat raya bermula pukul 9 pagi - kalau kat Mekah solat raya time masuk Syuruk
- Takbir raya yang mendayu-dayu dan tangkap leleh - kat Mekah takbir dengan penuh semangat
Solat dan tayamum dalam kapal terbang
- Ikut arah kiblat, kalau tak tahu... arah kiblat adalah pada semua arah
- Bersuci dengan cara tayamum dengan debu, tak perlu guna air
- Guna debu yang ada di dinding kapal terbang (walaupun debu tak kelihatan)
- Rukun tayamum - niat, sapu muka dengan debu, sapu tangan dengan debu hingga suku
- Solat dengan cara duduk
Pengalaman dakwah masyarakat Asli
- Lebih mudah sebab mereka hanya guna logik
- Mengikut mereka berburu dan tanyakan siapa pencipta binatang yang diburu. (Tak ada jawapan... mereka hanya tahu makan binatang itu saja)
- Kenapa makan khinzir sedangkan haiwan tersebut makan benda-benda yang kotor? (Mereka perlu makan haiwan tersebut. Kalau tidak haiwan tersebut akan membiak dan mengganggu kediaman mereka)
Rasul Melayu patut dikenakan ISA
- Dah bertahun-tahun masih dalam siasatan
- Akhirnya ajaran beliau berkembang dan berakar umbi
- Tah berapa kali tangkap pastu cakap nak taubat
- ISA aje...
Hebatnya wanita bergelar isteri
- Mampu melakukan banyak kerja rumah dalam satu masa di samping karier dan anak2 - besar pahala umpama syurga hanya di sebelah tingkap rumah
- Malangnya si isteri mengeluh kerana kepenatan melakukan kerja-kerja rumah serta menceritakan keburukan suami kepada orang lain - berdosa umpama neraka di sebelah tingkap rumah.
Bagaimana wujudnya skandal di pejabat
- Menceritakan hal dan masalah rumah tangga kepada orang yang tak sepatutnya
- Menimbulkan rasa simpati kepada pendengar dan mewujudkan rasa caring
- Bermulalah skandal
Poligami Rasullullah
- Berunsur dakwah dan bukannya kerana nafsu semata-mata - isteri pertama dikahwini berumur 45 tahun, isteri kedua dikahwini 55 tahun, isteri ketiga dikahwini 9 tahun tetapi hanya bersama sebagai suami isteri apabila si isteri berumur 15 tahun.
Kisah Nabi Ibrahim
- Menentang Namrud yang menyembah berhala dan mengaku dirinya tuhan
- Nabi Ibrahim memusnahkan semua patung berhala dan hanya meninggalkan patung berhala yang paling besar sementara Namrud dan pengikutnya sedang berjoli katak.
- Namrud marah dan bertanyakan kepada Nabi Ibrahim siapa yang memecahkan koleksi patung berhalanya.
- Nabi Ibrahim menyuruh Namrud bertanyakan kepada patung berhala yang paling besar kerana patung tersebut yang menjadi saksi utama dalam pertuduhan ini.
- Namrud marah dan bengang sambil mengatakan yang patung cendana itu tiada kuasa apa-apa apatah lagi nak beritahu siapa yang pecahkan koleksi patung berhala yang lain. Mustahil juga patung yang kaku itu yang memecahkan koleksi patung yang lain.
- Kenyataan Namrud itu memakan dirinya sendiri.
- Akhirnya Nabi Ibrahim dipenjara dan dihukum bakar hidup-hidup.
- Namun api yang panas itu bertukar menjadi sejuk.
Itu antara intipati yang aku masih ingat. Sebenarnya ada banyak perkara lain lagi. Aku cuma highlightkan perkara-perkara yang menarik perhatian aku saja. Sejak itu aku jadi admire kat Ustaz Ravi nih. Lawak dan santai.
1 comment:
Salam Lydia.Akak suka tengok ustaz dlm tirawah interaktif kalau tak silap di tv1 yg kita ngaji secara live ikut phone tu ler ... kekadang malu kat dia kan... yg convert ISlam tp mengajar kita yg Islam baka ni
Post a Comment