Sunday, October 11, 2009

Meneruskan projek yang terbengkalai

Penanda buku nih, aku buat kira-kira 2 tahun lepas. Sebenarnya peralatan cross-stitch nih, aku beli lebih 4 tahun lepas. Time tuh, hari Sabtu diumumkan hari cuti untuk pekerja gomen. Otak aku ligat memikirkan aktiviti yang sesuai dilakukan pada hujung minggu yang panjang. Paling simple ialah buat cross stitch. Kak Ani ngan Syikin pun bersama mengembleng tenaga dan idea untuk merealisasikan hobi baru kami. Kak Ani dah sukses ngan beberapa frame cross stitch yang telah menjadi. Syikin aku tak pasti sebab tak lama pastu dia dia resign. Aku pulak, tinggal sebagai projek yang terbengkalai. Akhirnya cross sticth aku siap jugak setelah 2 tahun bertangguh kerja. Padahal...ambil masa sehari jer buat benda nih...
Yang nih pulak hasil yang aku buat sepanjang hari nih. Ntah kenapa tiba-tiba aku rasa ingin kembali ber"cross-stitch". Aku ingat lagi pesan Syikin... Mulakan dengan pattern yang kecik dulu... So aku pilih gambar lady bug nih sebagai titik permulaan aku yang ingin meneruskan projek terbengkalai. Mulanya aku asyik buat salah je... Tensen gak. Kimi pun dah bosan tunggu aku siapkan lady bug nih. Akhirnya berjaya jugak aku siapkan selama lebih kurang 5 jam duduk menyulam pangkah nih. Errr... naik syiok pulak buat benda nih. Adakah aku akan ketagih?

No comments: