Sunday, October 11, 2009
Kembali bloging...
Setahun lepas aku beriya-riya bloging selepas baca blog kawan-kawan yang tip top. Itu cerita setahun lepas, nih dah hampir 3 bulan aku tak masukkan apa-apa entry. Aku terlalu sibuk. Sibuk dengan master yang aku buat secara part-time lebih 5 tahun lalu. Huhuhu... 5 tahun tuh... kimi pun dah 6 tahun sekarang. Bukan main lama aku buat master aku. Aku gunakan sehabis-habisnya 10 semester yang diberi. Tah berapa rim kertas A4 aku gunakan untuk print thesis aku. Setelah dicongak, sekurang-kurangnya 5 versi thesis yang aku dah print. Tapi masih belum mengikut tahap kepuasan hati penyelia. Akhirnya aku hantar juga thesis versi yang ke-5 tuh pada awal bulan puasa yang lepas. Bila dah hantar thesis tuh, aku dapat rasakan segala beban yang aku tanggung selama 5 tahun beransur-ansur hilang dari bahu aku nih. Walaupun belum merdeka 100% lagi, tapi aku rasa lega dan lapang sekali. Aku layan perasaan lega tuh sehinggalah mencetuskan satu perasaan malas yang melampaui batasan! Malas yang teramat malas. Kalau bole aku nak tido aje.... rehat aje... fenat Ooooo. Dalam keadaan separuh sedar, aku dah habiskan banyak cuti tahunan aku. Tinggal 1 hari jer balance cuti untuk tempoh sehingga akhir bulan Oktober nih. Memang malas! Disebabkan aku melayan perasaan malas tuh, berat aku naik sebanyak 4kg sepanjang bulan puasa! Gilo apo! Tapi itulah hakikatnya! Bila diturutkan hati dan perasaan, badan yang jadi mangsa! Sekarang aku dalam proses pemulihan. Aku ingin pulih dari sifat malas, motivasi rendah dan relax manjang. Aku ingin kembali menjadi diri aku yang sangat hargai masa, motivasi tinggi dan rajin bekerja!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
yayaya welcome back to the blogging world..keep on writing..jangan malas2..
thanks fizi coz ingatkan saya supaya hapdate blog!
Post a Comment